Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Menggunakan e-Consignment Note Pos Laju (Untuk Hantar Barang)

Cara Menggunakan e-Consignment Note Pos Laju

Jika anda ingin pos barang atau parcel di kaunter Pos Laju, kini anda tidak perlu menulis lagi selepas Pos Malaysia Berhad memperkenalkan e-Consignment Note yang boleh dilakukan secara online sahaja.

Kaedah terbaru 'e-Consignment Note' ini telah diperkenalkan sejak Ogos 2020 yang lalu bagi menggantikan pengisian borang konsainan secara manual iaitu anda perlu tulis butiran alamat bagi mempercepatkan urusan pelanggan di kaunter.

BACA Cara Daftar Dan Menggunakan Smart Order J&T Express (Untuk Pos Barang)

Anda boleh isi butiran penghantar dan penerima secara online melalui aplikasi yang disediakan sebelum bawa parcel ke mana-mana cawangan Pos Malaysia atau Pos Laju untuk membuat pembayaran caj penghantaran.

Setakat ini tidak semua lagi cawangan Pos Laju menyediakan perkhidmatan mencetak borang e-Consignment Note ini. Tapi anda boleh minta bantuan staff di kaunter untuk berurusan. Untuk lihat senarai penuh, KLIK DISINI

Jadi untuk yang ingin menggunakan kaedah online e-Consignment Note Pos Laju ini, ikuti cara, langkah dan tutorial yang disediakan dibawah

Cara Daftar & Menggunakan e-Consignment Note Pos Laju

Anda boleh lakukan sama ada menggunakan website POS Malayis di www.pos.com.my atau menerusi aplikasi POS Malaysia [Android | iOS | AppGallery]

Daftar Akaun Pos Laju

Adalah lebih baik, anda daftar (Sign Up) terlebih dahulu akaun Pos Laju. Caranya:

  1. Buka aplikasi Pos Malaysia > klik ikon 3 baris > Sign Up Now
  2. Kemudian pada bahagian Sign Up, masukkan alamat emel yang aktifi dan klik 'Continue'
  3. Masukkan butiran yang diperlukan sepert nama dan password yang akan digunakan
  4. Link verification akan dihantar ke alamat emel tersebut. Anda perlu klik dan pendaftaran berjaya
Daftar Pos Laju Malaysia

Login menggunakan emel dan password seperti biasa sebelum menggunakan apa-apa perkhidmatan dalam aplikasi Pos Malaysia

Cara Guna e-Consignment Note

1)  Buka aplikasi POS Malaysia dan pilih 'New Consignment'. *Jika tidak Login, anda masih lagi boleh menggunakan iaitu tekan pada bahagian 'Continue as Guest'

Cara Menggunakan e-Consignment Note Pos Laj

2)  Kemudian masukkan butiran anda sebagai penghantar (Sender info), penerima (Receiver info) dan maklumat barangan anda (Parcel info)

Cara Menggunakan e-Consignment Note Pos Laj

3)  Akan dipaparkan maklumat summary. Jadi pastikan kesemua info terutamanya alamat adalah tepat. Jika sudah, tik 'I certify...' dan klik Generate

Cara Menggunakan e-Consignment Note Pos Laj

4)  Anda akan diberikan reference number bersama Kod QR untuk digunakan semasa proses penghantaran di kaunter Pos Laju.

5)  Klik 'Scan & Print' dan imbas kod QR di pencetak yang disediakan di Pos Laju. Koyakkan dengan baik dan tampal borang tersebut di parcel anda.

Cara Menggunakan e-Consignment Note Pos Laj

6)  Seterusnya buat bayaran di kaunter seperti biasa.

7)  Sekiranya tiada printer atau pencetak di cawangan tersebut atau tidak berjaya untuk imbas, tunjukkan kod QR atau referance number anda kepada staf di kaunter untuk cetakan.

8)  Untuk melihat 'track & trace' atau nak dapatkan semula kod QR consignment tersebut, anda pergi ke halamat utama > My Parcel. Disini akan dipaparkan:

  • To Print (parcel yang belum dibayara, belum lengkap penghantaran)
  • To Track (untuk ketahui status penghantaran)
  • Completed (parcel yang sudah sampai kepada si penerima)
Cara Menggunakan e-Consignment Note Pos Laj

Selesai!

Jika ada sebarang persoalan, anda boleh tengok bahagian FAQ Pos Malaysia dan cari 'e-consignment note'