Cara Jimat Duit Langgan Spotify Premium - Harga Lebih Murah

Cara Untuk Jimat Duit Langgan Spotify Premium - Harga Lebih Murah

Kini sudah banyak platform yang menyediakan perkhidmatan penstriman lagu dan antara yang paling popular adalah Spotify. Anda boleh dengar secara percuma tapi bersama iklan atau tanpanya menerusi Spotify Premium.

Sesuai dengan 'premium' yang mana pasti anda perlukan keluarkan duit poket anda untuk langganan. Akan tetapi ada banyak pilihan berapa yang anda perlu bayar untuk Spotify Premium yang disediakan menerusi beberap pakej langganan.

Berapa Harga Spotify Premium Di Malaysia?

Sebenarnya berapa harga langganan Spotify Premium di Malaysia? Setakat ini, secara asasnya langgan adalah berharga RM15.90 sebulan. Tetapi sebenarnya anda boleh jimat lagi dengan beberapa tips dan cara yang dikongsikan seperti dibawah

Harga Rasmi Langganan Spotify Premium

Ketika artikel ini ditulis, harga langganan Spotify Premium di Malaysia seperti yang dipaparkan di website adalah seperti dibawah:

  • Harga Spotify Premium untuk Individual Plan (1 akaun): RM15.90 sebulan / RM178.80 setahun
  • Harga Spotify Premium untuk Duo Plan (2 akaun): RM21.50 sebulan / RM258.00 setahun
  • Harga Spotify Premium untuk Family Plan (6 akaun): RM24.90 sebulan / RM298.90 setahun

Harga Langganan Spotify Premium

Jadi anda rasa harga yang disenaraikan ni mahal ke murah? Jika mahal, sebenarnya ada beberapa cara untuk anda jimat lagi bagi bayaran langganan bulanan.

Cara #1 - Langgan Plan Duo atau Family Dan Bukannya Individual Plan

Inilah yang dikatakan dengan sharing is caring. Dengan perkongsian ini, anda boleh jimat jika anda melanggan Spotify Premium. Anda kongsi untuk 2 orang atau sehingga 6 orang dalam satu langganan.

  • Jika anda kongsi bersama seorang lagi untuk Duo Plan (2 akaun), masing-masing hanya perlu bayar RM10.75 sebulan / RM129.00 setahun sahaja
  • Jika anda kongsi bersama 5 orang lagi untuk Family Duo (6 akaun), masing-masing hanya perlu bayar RM4.67 sebulan / RM49.80 setahun

Cara #2 - Promosi

Promosi bukannya selalu ditawarkan. Jadi anda perlu alert atau cakna dengan pengumuman yang dibuat sama ada menerusi facebook, twitter atau instagram Spotify.

Sebenarnya paling mudah, jika anda sudah daftar akaun Spotify, sekiranya ada sebarang promosi anda akan menerima emel dan dari situlah anda boleh tahu sebarang promosi Spotify yang ditawarkan.

  • Spotify Premium 1 Hari - RM0.75
  • Spotify Premium 7 Hari - RM2.90
  • Spotify Premium 2 bulan dengan harga RM15.90 

Ini antara promosi yang ditawarkan yang masih valid sehingga sekarang. Jika ada perubahan, akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Cara #3 - Langganan Spotify Di Luar

Selain daripada dua cara diatas, ada cara lain juga untuk anda dapatkan harga langganan Spotify Premium lebih murah sekali gus boleh jimat. Anda boleh beli di Shopee:

Walaubagaimanapun, langganan ini tiada jaminan keselamatan. Jadi terserah anda untuk membelinya tetapi perlu tahu risiko disebaliknya. 

Disclaimer : Admin tidak menanggung apa-apa kerugian yang berlaku ketika langganan dibuat.

Pilihan Terbaik Untuk Penjimatan Langganan Spotify Premium Untuk Anda

Jadi plan mana terbaik untuk anda bagi mendapatkan akses kepada ciri-ciri premium yang ditawarkan menerusi Spotify Premium? Semua terserah kepada anda dengan mengikut kaedah dan cara seperti diatas.

Sudah tentu pastinya cara 1 adalah yang terbaik, tetapi anda perlu mencari seorang atau sehingga enam orang pengguna lain. Lagi ramai lagi jimat kan. Dengan itu, boleh la anda nikmati lagu dan podcast tanpa gangguan iklan lagi dengan adanya Spotify Premium