Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Jimat Duit Langgan Disney+ Hotstar - Harga Lebih Murah

Cara Jimat Duit Langgan Disney+ Hotstar - Harga Lebih Murah

Disney+ Hotstar antara platform penstriman online yang popular di dunia terutamanya di Malaysia. Yang pastinya anda perlu bayar atau langgan (subscribe) untuk menonton semua kandungan video yang disediakan.

Terdapat pelbagai kandungan yang disediakan seperti filem, drama, siri, dokumentari dari seluruh negara termasuk juga kandungan tempatan. Tetapi yang pastinya disinilah anda boleh tonton kandungan Disney, Discovery Channel, Marvel, Starwars dan Pixar.

Berapa Harga Langganan Disney+ Hotstar Di Malaysia?

Jadi berapa harga langganan Disney+ Hotstar di Malaysia sebenarnya? Sejak mula diperkenalkan secara rasmi di Malaysia, harga langganan adalah RM59.90 untuk 3 bulan. Ya, tiada pakej langganan secara bulanan atau tahunan.

Jika mahal, sebenarnya anda boleh jimat lagi dengan beberapa tips dan cara yang dikongsikan seperti dibawah

Harga Rasmi Langganan Disney+ Hotstar

Ketika artikel ini ditulis, rarga rasmi langganan Disney+ Hotstar di Malaysia adalah seperti yang dipaparkan di website seperti dibawah iaitu langganan untuk 3 bulan terus

  • Harga Disney+ Hotstar Malaysia: RM59.90 untuk 3 bulan (atau RM18.30 kalau kira secara bulanan)

Harga Rasmi Langganan Disney+ Hotstar

Jadi anda rasa harga yang ditawarkan ini mahal ke murah? Jika mahal, sebenarnya ada beberapa cara untuk anda boleh jimat lagi untuk menonton kandungan Disney+ Hotstar

Cara #1 - Kongsi Akaun Dengan Seorang Pengguna Lain

Disney+ Hotstar tidak seperti Netflix yang menyediakan profile sendiri bagi setiap pengguna bagi pakej Premium mereka. Akan tetapi anda masih boleh tonton serentak untuk 2 peranti dalam satu masa. Ini bermakna, jika anda sedang menonton di smartphone, pengguna kedua juga boleh menonton di mana-mana platform dalam masa yang sama.

Platform ini hanya membenarkan 2 pengguna menonton serentak sahaja. Jika lebih, salah seorang perlu keluar daripada tontonan. Disebabkan itulah, anda disarankan hanya berkongsi dengan seorang yang lain sahaja.

  • Jika anda kongsi bersama seorang lagi, masing-masing hanya perlu bayar RM29.95 untuk 3 bulan atau RM119.80 untuk setahun

Kalau dikira secara bulanan, masing-masing hanya perlu bayar RM9.90 sebulan

Cara #2 - Langgan Bersama Unifi Atau Astro

Kini jika anda pengguna Unifi atau Astro, mereka telah menyediakan pakej langganan termasuk dengan akses Disney+ Hotstar. Yang penting setiap daripadanya menawarkan pelbagai harga

Unifi

  • Jika anda melanggan Unifi TV Ultimate Pack - Langgan Disney+ Hotstar adalah secara percuma
  • Jika anda melanggan Unifi TV Pack add-on - Harga Langgan Disney+ Hotstar adalah RM16 sebulan
  • Jika langgan secara a la carte - Harga langganan Disney+ Hotstar adalah RM54.90 untuk 3 bulan

Untuk info lanjut berkaitan Unifi dan Disney+ Hotstar, boleh pergi ke pautan ini.

Astro

  • Jika anda melanggan Movies Pack (RM94.99) - Langganan Disney+ Hotstar adalah secara percuma
  • Jika anda melanggan Premium Pack 1 (RM124.99) - Langganan Disney+ Hotstar adalah secara percuma
  • Jika anda melanggan Platinum Pack (RM194.99) - Langganan Disney+ Hotstar adalah secara percuma

Untuk info lanjut berkaitan Astro dan Disney+ Hotstar, boleh pergi ke pautan ini.

Walaubagaimanapun, kedua-dua cara ini (Unifi dan Astro) hanya terhad untuk pengguna tersebut sahaja. Jika anda tidak menggunakan Unifi atau Astro, anda tidak layak untuk nikmati harga yang ditawarkan tersebut.

Dengan harga yang tinggi tersebut, pastinya ianya bukan datang dengan langganan Disney+ Hotstar semata-mata, tetapi dengan pelbagai kandungan lain lagi yang lebih banyak.

Cara #3 - Langganan Disney+ Hotstar Di Luar

Selain daripada dua cara diatas, ada cara lain juga untuk anda dapatkan harga langganan Disney+ Hotstar lebih murah

Walaubagaimanapun, langganan ini tiada jaminan keselamatan. Jadi terserah anda untuk membelinya tetapi perlu tahu risiko disebaliknya. 

Disclaimer : Admin tidak menanggung apa-apa kerugian yang berlaku ketika langganan dibuat.

Pilihan Terbaik Untuk Jimat Langganan Disney+ Hotstar Untuk Anda

Jadi plan mana terbaik untuk anda dapatkan akses kandungan pada Disney+ Hotstar dengan harga yang lebih murah? Semua terserah kepada anad dengan berpandukan kaedah dan cara seperti yang disenaraikan diatas.

Sepertinya cara #1 adalah yang terbaik dan murah serta selamat. Anda hanya perlu cari seorang lagi untuk kongsi akaun dengan anda. Sekali gus boleh bayar 50% lebih murah dari harga sebenar. Berbanding cara #2, ianya terhad kepada pengguna Unifi atau Astro sahaja. Bagaimana kalau anda bukan pengguna kedua-duanya?

Jadi semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda yang sedang mencari cara untuk jimat duit bagi langganan Disney+ Hotstar.