Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Demi Di TV Okey

Drama Demi Di TV Okey

Jangan lupa saksikan drama Demi yang akan bersiaran mulai 10 Ogos 2022, setiap hari Selasa hingga Jumaat pada jam 9.00 malam menerusi saluran RTM di TV Okey atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama ini yang diinspirasikan daripada novel 'Demi' karya Rina Azdi merupakan berkisarkan kisah benar dengan menampilkan gandingan pelakon antara Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan Keith Foo.

Episod : 26
Tayangan : TV Okey
Tarikh : Mulai 10 Ogos 2022 (Selasa - Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Elisa Vision Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Keith Foo, Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Dato Jalaluddin Hassan, Safura Yaacob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, Safwan Nazri dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Puteri Aishah sebagai Suraya
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nadia
  • Keith Foo sebagai Fairul
  • Ashraf Muslim sebagai Arman
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Rahman
  • Safura Ya'cob sebagai Ramlah
  • Hasnul Rahmat sebagai Hisham
  • Riz Amin sebagai Sufi
  • Shafiq Sahli sebagai Tengku Zahari
  • Ika Nabella sebagai Ima
  • Safwan Nazri sebagai Rashid

Sinopsis Drama Demi

Drama Demi mengisahkan tentang Suraya iaitu seorang gadis cekal yang berperwatakan ceria. Dia merupakan cinta pertama Arman. Pada masa yang sama, Arman digilai teman rapat Suraya, Ima.

Ternyata cinta Arman tidak disedari Suraya. Suraya pula menaruh harapan pada teman rapatnya semenjak di bangku sekolah, Rashid. Hati-hati yang tidak bertaut itu terlontar jauh dari satu sama lain.

Takdir menemukan Suraya dengan Dr Fairul, seorang doktor muda kacukan Melayu dan Inggeris di bumi Scotland. 

Berkisarkan kehidupan Suraya yang penuh pahit getir, ketulusan, kecekalan, pengorbanan, perjuangan dan cinta semuanya demi-Nya yang satu.

Drama Demi Di TV Okey

Drama Demi Di TV Okey