Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips & Cara Tulis Resume Jika Sebelum Ini Anda Rider Penghantar Makanan

Tips Tulis Resume Jika Sebelum Ini Anda Rider Penghantar Makanan

Mungkin sebelum ini ada seorang rider penghantar makanan sepenuh masa dan anda membuat keputusan untuk bertukar pekerjaan untuk bekerja sepenuh tetap. Tapi anda tidak tahu untuk tulis resume berkaitan pengalaman anda tersebut.

Dalam setiap resume secara asasnya mestilah mempunyai bahagian perkongsian pengalaman berkaitan pekerjaan sebelumnya atau anda mungkin fresh grad yang tiada pengalaman tapi boleh digunakan pengalaman ketika belajar.

Tapi bagaimana pula jika seorang penghantar makanan untuk tulis pengalaman bekerja mereka? Mungkin lepas habis belajar, terus berkecimpung ke dunia pekerjaan gig tersebut untuk beberapa tahun dan kemudian baru berubah angin untuk bekerja tetap di sebuah syarikat.

Cara Tulis Pengalaman Kerja Dalam Resume Jika Anda Seorang Rider Penghantar Makanan

Sebelum ini anda seorang rider Foodpanda atau Grab dan kini anda mula mencari kerja tetap. Jadi untuk perkemaskan resume anda, boleh sahaja menggunakan pengalaman rider tersebut untuk ditulis dalam resume.

Pengguna twitter Aina ada kongsikan cara tulis resume pada bahagian 'pengalaman bekerja' untuk full time rider yang ingin cari kerja tetap di mana-mana syarikat di Malaysia.

  • Telah membuat lebih 100 penghantaran setiap hari menggunakan platform terbesar di Malaysia seperti Shopee Food, Foodpanda dan Grabfood
  • Memastikan pelanggan berpuas hari dengan service saya dengan mematuhi SOP yang ditetapkan, cepat dan bersih
  • Kemahiran dalam berkomunikasi dengan baik dan mengurus masa dengan cekap
  • Menyusus masa mengikut lokasi penghantaran
  • Menjaga rating 5 star service selama 2 tahun berkhidmat
  • Bertanggungjawab dalam setiap penghantaran

Jika anda mempunyai apa-apa lagi pengalaman, anda boleh tambah. Yang penting isi tersebut mempunyai skill atau nombor result. Ianya akan nampak lebih solid penyampaian tugasan anda tersebut.

Diharapkan kandungan pengalaman kerja tersebut memberi sedikit sebanyak gambaran bagaimana untuk anda tulis resume jika sebelum ini anda seorang full time rider.

Sekiranya selepas itu anda dipanggil untuk temu duga atau hadir untuk interview, anda boleh dapatkan panduan rahsia dan cara lulus temuduga dengan mudah. Anda hanya perlu klik sahaja gambar dibawah.

Anda akan diajaar cara cara soalan interview, perkara yang perlu dilakukan semasa hadir temu duga dan banyak lagi. Terdapat juga contoh soalan dan jawapan yang popular selalu ditanya oleh panel temu duga.

tips dan cara lulus interview dengan mudah