Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Tanda Anda Salah Pilih Pekerjaan

7 Tanda Anda Salah Pilih Pekerjaan

Mungkin anda kini gembira dengan pekerjaan yang diperoleh dan mungkin ada juga antara anda yang tidak berpuas hati sehingga tidak berminat dengan kerjaya anda sekarang dengan adanya beberapa tanda.

Anda rasakan tidak cukup puas apabila ditempat kerja. Rutin harian seolah-olah hanya melepaskan batuk ditangga. Pergi kerja, balik kerja. Tiada produktiviti sama seperti rakan sekerja yang lain walaupun untuk posisi yang sama.

Mungkin ini antara tanda-tanda anda silap pilih pekerjaan yang mana seperti anda membuat masa, walhal banyak lagi pilihan di luar sana menunggu masa untuk disambar bagi perkembangan kerjaya anda.

Tanda-Tanda Anda Silap Pilih Kerjaya

Jadi sebelum terlambat, jom kita tengok  tujuh tanda anda silap pilih pekerjaan supaya anda boleh bersedia dimasa akan datang atau pada bila-bila masa sahaja.

#1.  Tidak Berasa Bangga

Pernahkan anda berasa tidak bangga dan gembita dengan apa yang kecapi di tempat kerja? Walaupun segala tugasan disempurnakan, anda tetap begitu juga. Atas factor-faktor tertentu, anda teruskan pekerjaan tersebut.

Jika begini, anda disarankan untuk berhenti dan cubalah kerja lain. Yang pasti, produktiviti anda pasti akan merudum jika anda sendiri tidak berbangga dengan segala hasil peluh yang diusahakan selama ini.

#2.  Zero Lesson

Waspada jika anda mengalami krisis ini. Sudah hampir tiga empat tahun, namun jauh di sudut hati anda berasa kosong dan tiada output yang diterima bagi memantapkan prestasi. Apa jua yang anda lakukan, anda masih terpinga-pinga dan perlukan pemerhatian berterusan.

Jika begitu, sudah tiba waktunya anda tinggalkan kerusi meja anda dan siap berkemas.

#3.  Bukan Soal Gaji

Ya, pastinya soal gaji menjadi antara aspek utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Namun, jika gaji lumayan yang ditawarkan masih belum mampu menggembirakan anda, malah masih membuat anda gusar dan tidak tenteram, maka pastinya terdapat factor lain.

Selidiklah factor-faktor tersebut dan peranginya sehabis baik. Jika masih tidak berjaya, apa lagi yang anda tunggu?

#4.  Bersendirian

Pernah berasa sunyi di tempat kerja? Walaupun anda dikelilingi rakan sekerja yang ramai, namun anda masih mengalami masalah pergaulan dan sukar untuk ‘masuk’ ke dalam kelompok tersebut.

Berdasarkan kajian Office Network, komunikasi dua hala yang positif antara penjawat-penjawat lain dalam sebuah organisasi amat penting dan memberi kesan positif dalam gerak kerja prestasi secara keseluruhan.

#5.  Tiada Perkembangan

Anda berada dalam pekerjaan yang salah jika tidak memiliki kesempatan untuk meningkatkan keupayaan diri atau tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada bidang yang anda ceburi. Pekerjaan yang sempurna ialah pekerjaan yang boleh memberikan laluan untuk anda berkembang dari segi intelektual, prestasi, output dan komunikasi dari semasa ke semasa.

#6.  Dominasi Malu

Apabila anda keluar bersama rakan-rakan (bukan sepejabat), anda seolah-olah malu dengan pekerjaan yang dilaksanakan kini. Anda mencuba sehabis baik untuk tidak menyentuh sebarang topik perbualan mengenai kerjaya anda sekarang.

Yakninya, anda didominasi oleh perasaan malu. Perasaan malu secara tidak langsung akan menghambat kemampuan diri untuk menjadi efektif serta daripada menjalin jaringan dengan dunia luar.

#7.  Terlepas Pandang?

Sekiranya rakan sepejabat mendapat kenaikan gaji atau pangkat, sedangkan anda pula tidak (atau tidak berganjak), walaupun yakin anda berhak (dari segi kelayakan, tarikh mula berkhidmat), maka ini juga petanda kemungkinan bahawa anda tidak akan kekal lama.

Jadi apa yang anda perlu lakukan?

Ingat nak cari kerja lain diluar sana pun mungkin tidak banyak seperti dahulu. Buat lah keputusan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda