Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apa Sebenarnya Berlaku Akibat Kenaikan OPR?

Apa Sebenarnya Berlaku Akibat Kenaikan OPR Kepada 2.0%

Pada 11 Mei yang lalu, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan kenaikkan OPR sebanyak 25 points kepada 2.0%.

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus. Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25% dan 1.75%.

Pasti ada antara anda yang memahami maksud disebalik kenaikkan ini dan ada yang sebaliknya. Ini berikuta warga nitizen sepertinya tertanya-tanya apakan kesan kepada mereka dengan keputusan yang dibuat oleh pihak BNM ini.

Apakah Kesan Disebalik Kenaikkan OPR Kepada 2.0% Ini?

Untuk penjelasan ringkas, dengan kenaikkan OPR ini, interest dari pihak Banka akan naik dan pastinya akan memberi kesan terhadap golongan B40 dan M40 yang membuat pinjaman.

Tetapi ada perkara lain juga yang terkesan. Jadi pihak HiWealthAsia ada menerangkan apakah yang berlaku akibat kenaikkan OPR ini menerusi laman twitter rasmi mereka.

Apa makna kenaikkan ini sebenarnya?

Untuk permulaan, anda kena faham dimana bila OPR naik, secara automatik bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank juga akan naik. Selain itu, bila OPR naik, kelayakan untuk buat pinjaman baru dengan pihak bank akan diperketatkan.

Bila OPR naik, jumlah bayaran semula untuk pembelian rumah, kereta, pinjaman peribadi yang baru juga akan naik. Bila OPR naik, ia memberi isyarat kepada pelabur asing yang keadaan ekonomi negara semakin memulih yang mana buat pertama kali selepas pandemik.

Kenapa nak naikkan OPR? Tak esian ke kepada rakyat?

Sebagai makluman, sejak pandemik berlaku, Bank Negara Malaysia (BNM) sudah turunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak 5 kali iaitu dari 3.25% kepada 1.75% dalam tempoh 4 tahun.

Ini bermaksud, lebih ramai orang boleh buat pinjaman dalam tempoh 4 tahun tersebut kerana bunganya rendah.

OPR diturunkan ketika pandemik kerana nak lebihan wang yang rakyat ada itu digunakan untuk menggerakkan ekonomi di peringkat bawah.

Bila rakyat bayar kurang kepada bank setiap bulan, duit lebihan itu dibelanjakan untuk membantu penaiga kecil, peniaga SME sekali gus mengerakkan gig economy.

Tetapi, kerendahan OPR ini turut menyebabkan inflasi jadi tinggi. Ini kerana semua orang 'mampu' untuk berbelanja. Ramai orang mampu untuk beli kereta, beli rumah dan berbelanja mewah.

Dengan pasaran buruh asing yang tak cukup dan global supply chain yang masih bermasalah, harga barang meningkat dengan mendadak.

Akan tetapi, walaupun harga barang semakin naik, disebabkan OPR rendah, rakyat masih mampu untuk membayar atau membeli. Makin dinaikkan harga, ramai yang masih mampu bayar.

That's the root of inflation

Inilah yang dikatakan inflasi.

Jadi kita nak fix atau perbetulkan perkara ini. Kita nak kurangkan inflasi dengan tingkatkan Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas.

Kenaikkan OPR perlu untuk menambahkan kekuatan matawang Ringgit Malaysia (RM)

Selain untuk benduk inflasi, kenaikkan Overnight Policy Rate (OPR) secara tak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit (RM).

Sejak beberapa bulan yang lalu, ramai yang mengeluh kenapa nilai Ringgit jatuh terus berbanding USD dan SGD. Sebabnya, Kerajaan US dan Singapura masing-masing telah naikkan kadar imbuhan (interest rate) dan perketatkan syarat pinjaman mereka sebelum Malaysia buat benda yang sama.

Bila OPR (interest rate) naik, matawang Dollar di luar US akan mengalir masuk balik ke US sebab faedah lebih tinggi. Malah, matawang asing pun masuk ke bank-bank Amerika kerana interest rate mereka dinaikkan.

Bagi pelabur, the higher interest rate, lebih untung.

Banyak juga matawang asing akan digunakan untuk ditukarkan kepada USD dan beli bon-bon US yang mana sekali gus menjadikan matawang USD semakin 'mahal'

Jadi Malaysia nak emulate benda sama dengan naikkan kadar OPR kita.

Adakah kenaikkan OPR ini perlu?

Jika anda faham tentang ekonomi, ianya perlu. BNM telah membuat keputusan tepat bagi mengurangkan impak inflasi dan kekuhkan semula Ringgit

Kenaikan ini dilihat agak awal, tetapi kadar 25 mata ini adalah nilai yang tepat. Slowly, value OPR ini akan dinaikkan stage by stage dalam tahun ini yang mana menandakan ekonomi kita yang semakin memulih.

Do expect yang mana harga bayaran pinjaman kita dengan bank akan semakin menaik.

Jadi yang penting sekarang, anda perlu semak semula perbelanjaan bulanan anda dan jangan boros. Selain itu, semak juga dengan baik tentang ansuran bulanan bagi pinjaman yang akan dibuat selepas ini.

Diharapkan penerangan ini jelas tentang kesan atau apa yang berlaku sebenarnya dengan kenaikan OPR kepada 2.0% ini.


Sumber : HiWealthAsia