Permohonan PerantiSiswa Boleh Dibuat Bermula 15 April 2022
Kerajaan hari ini telah mengumumkan bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi mahasiswa yang tergolong dalam keluarga B40 dari Institusi Pengajian Tinggi.
Mereka berpeluang untuk menerima bantuan berupa tablet yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 mahasiswa bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi.
Pengumuman ini telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa semasa Pra pelancaran PeranstiSiswa Keluarga Malaysia
Inisiaitf ini telah diumumkan lebih awal menerusi Belanjawan 2022 yang lalu dengan hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Bantuan ini bertujuan membantu pembelajaran secara online atau hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan Endemik ini.
Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini mensasarkan mahasiswa dalam kategori Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022 (Jumaat) pada pukul 8.00 pagi.
PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan mula diagih kepada mahasiswa bermula Jun 2022