Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pelaburan Wang, Jaminan Masa Hadapan Anda

Pelaburan Wang, Jaminan Masa Hadapan Anda

Jika sebut simpanan, semua orang tahu. Bagaimana dengan pelaburan? Mungkin ada yang faham dan ada juga yang kurang pasti tentangnya. Secara ringkat, Kewangan kali ini memberi pemahaman kepada anda mengenai pelaburan kewangan untuk masa depan anda lebih cerah.

Adakah Pelaburan Sama Dengan Simpanan? Apakah Perbezaannya?

Jawapannya tidak. Pelaburan berbeza dengan simpanan kerana dalam simpanan, anda akan mendapat kembali wang anda dalam jumlah yang sama. Tetapi dalam sesebuah pelaburan, anda mungkin tidak akan dapat jumlah yang sama atau mungkin mendapat lebih daripada jumlah awal yang anda laburkan tersebut.

Maksud Pelaburan

Jika dilihat dalam sudut maksud berpandukan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pelaburan adalah komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi.

Erti kata lain, pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki dengan menyedari risiko terbabit. Apa yang perlu anda ambil tahu ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka tetapi ia tidak terjamin.

Apa yang difahami ialah pemilik modal yang membelanjakan wangnya dalam satu tempat atau pengusaha modal bagi satu tempoh masa. Kemudian ia memperoleh hasil daripada usaha yang dilakukan oleh pengusaha itu yang biasa kita sebut sebagai dividen.

Kenapa Melabur Lebih Baik Dari Menyimpan?

Disebabkan iatu tidak menjadi pulangan. Jadi adakah melabur lebih baik dari menyimpan dalam bank atau di rumah? Simpan dalam bank pastinya tiada pengurangan serta wang simpanan kita juga dijamin tidak akan hilang.

Sebenarnya anda menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik dengan pelaburan yang bijak. Ini bermakna pelabur bijak perlu sentiasa mencari peluang pelaburan yang akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, anda tahu dimana RM100 yang disimpan di dalam tabung rumah akan tetap kekal pada nilai RM100 walaupun masa berlalu selama sepuluh atau dua puluh tahun atau selama-lamanya. Sebaliknya, menyimpan wang dalam bank mungkin hampir tiada risiko tetapi kuasa beliannya pula sentiasa merosot disebakna inflasi dan cukai. Itulah sebabnya anad harus mencari alternatif pelaburan untuk membuat pelaburan yang lebih bijak untuk mengembangkan nilai pelaburan anda dan seterusnya mendapat pulangan yang terbaik.

Jenis-Jenis Pelaburan

Pelaburan juga mempunyai pelbagai jenis untuk anda pelajari dan ketahui iaitu:

  1. Pelaburan terdapat dalam dua bentuk iaitu pelaburan fizikal yang meliputi hartanah, kilang dan lain-lain bentuk fizikal yang ketara
  2. Pelaburan kedua ialah pelaburan kewangan iaitu merangkumi sekuriti seperti saham, bon, waran dan bentuk-bentuk kewangan yang tidak ketara. Pelaburan kewangan ini merangkumi sekuriti ekuiti dan sekuriti hutang.

pelaburan hartanah jenis bentuk pelaburan

Produk Pelaburan

Pasaran modal menawarkan beberapa jenis produk pelaburan dan jenis produk yang dipilih untuk melabur bergantung kepada pelbagai faktor seperti matlamat kewangan anda, tempoh masa dan jumlah modal yang dimiliki.

Amanah Saham

Amanah Saham merupakan salah satu produk jenis pelaburan yang terdapat di Malaysia

  • Sejak beberapa tahun lalu, unit amanah saham kian diterima dan semakin dikenali. Ia bukan sahaja menjadi satu skim pelaburan yang mengumpul wang daripada sejumlah besar pelabur yang berkongsi objektir kewangan yang sama
  • Dana ini kemudian diuruskan oleh sekumpulan pengurus profesional yang melaburkan wang yang terkumpul ke dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti dibenarkan untuk mencapai objektif dana

Jumlah aset dana akan menentukan nilai dana atau harga yang perlu dijelaskan oleh pemegang unit atau jumlah yang bakal diterima apabila amanah saham itu dijual. Dana tersebut memperoleh pendapatan daripada pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan peroleh modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada semua pemegang unit mengikut unit yang mereka miliki dalam bentuk dividen atau unit bonus.