Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lokasi Bazar Ramadan Kajang 2022

Lokasi Bazar Ramadan Kajang 2022

Disini kami kongsikan lokasi senarai Bazar Ramadan Selangor terutamanya di Kajang. Jadi anda boleh dapatkan juadah buka puasa di Bazar Ramadan Kajang disini.

Setiap tahun pastinya ramai yang teruja untuk pergi ke bazar ramadan lagi pula tahun ini, Kerajaan membenarkan pengoperasian semula tetapi perlulah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Bazar Ramadan di Kajang ini setiap kali diadakan pasti meriah dengan pelbagai aneka pilihan juadah yang anda boleh dapatkan untuk berbuka puasa bila masuk waktu Maghrib.

Boleh beli Murtabak, Air Katira, Roti John, Ayam Golek, Kuih Tepung Pelita dan pelbagai lagi. Ingat! jangan membazir.

Kita sedia maklum, di Malaysia, umat Islam akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Pastinya kita akan jadikan Ramadan kali ini lebih daripada Ramadan sebelumnya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kajang

Selain daripada penduduk tempatan, mungkin ada antara anda yang singgah di Kajang ini untuk berbuka puasa, jadi pastinya tidak tahu lokasi bazar ramadan popular berdekatan yang beroperasi.

BACALokasi Bazar Ramadan Klang 2022

Jadi dalam senarai ini, anda boleh dapatkan lokasi bazar ramadan Kajang untuk tahun 2022 yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan kali ini. 

Ianya melibatkan kawasan seperti Cheras, Bangi, Hulu Langat, Beranang dan Semenyih. Akan ada beberapa lokasi yang tutup sehari seperti yang disenaraikan (sentiasa dikemaskini)

Kawasan Kajang

  1. Jalan Menghala Ke SMAP Batu 13, Jalan Cheras Kajang
  2. Jalan Bunga Kantan 1, Sungai Kantan (Hadapan Deretan Kedai)
  3. Di Tanah Milik Persendirian Dataran Prima Saujana, Taman Prima Saujana Kajang
  4. Jalan Reko Sentral 2, Jalan Reko Sentral
  5. Jalan Jasmin 1, Taman Jasmin, Kajang
  6. Tempat Letak Kereta, Taman Zamrud (Hadapan Deretan Kedai)
  7. Taman Ramal Indah (Tapak Pasar Tani)
  8. Jalan 3/1, Sek. 3, Taman Kajang Utama
  9. Jalan Indah 1, Sungai Jelok (Hadapan lot kedai)
  10. Kawasan Tempat Letak Kereta Seksyen 9, Saujana Impian
  11. Kawasan Kosong di Taman Kajang Mewah
  12. Lot Pakir TTDI Grove Hadapan Premis Rest 1

Kawasan Cheras

  1. Jalan Orkid 3, Batu 8, Cheras
  2. Atas Padang diantara Jalan Temenggung 11/9, 13/9 dan 17/9 Seksyen  9 bandar Mahkota Cheras
  3. Jalan Balakng Jaya 1, Taman Impian Ehsan
  4. Jalan CJ 8, Taman Cheras Jaya
  5. Sepanjang Jalan Taman Tun Perak 3 (Hadapan bangunan Komp. Badminton Pro One)
  6. Kawasan lapang bersebelahan Padang Bola Sepak Taman Desa Baiduri Awam
  7. Tempat letak kereta, Bandar Tun Hussein Onn (bersebelahan Aeon Big)
  8. Tapak Pasar Malam Taman Harmoni Indah, Bukit Belimbing
  9. Jalan Desa Serdang 1, Taman Desa Serdang (berhampiran Minlon)

Kawasan Bangi

  1. Jalan 7/1A, Sek. 7, Bandar Baru Bangi (Tapak Pasar Malam)
  2. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi (Tapai Pasar Malam)
  3. Tempat letak kereta Jalan 3/69, Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi
  4. Tapak Pasar Malam Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota
  5. Jalan Seri Putra 1/3, Bandar Seri Putra (tapak pasar malam)
  6. Kawasan lapang sebelah Jalan 2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
  7. Jalan 4/1B, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi
  8. Lot Pakir Jalan Puteri 2A/1 Bandar Seri Puteri

Kawasan Semenyih

  1. Seksyen 1, Berhampiran Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang
  2. Perkarangan Terminal Bas Semenyih Sentral
  3. Jalan TPS 1/1, Taman Pelangi Semenyih

Kawasan Beranang

  1. Di Jalan 3/1, Bandar Tasik Kesuma
  2. Tapak Pekan Sehari Beranang

Kawasan Hulu Langat

  1. Taman Seri Nanding (tapak pasar malam)

Diharapkan perkongsian lokasi Bazar Ramadan Kajang 2022 yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) ini dapat membantu anda bagi mencari lokasi yang anda mahukan.

Semoga dipermudahkan urusan dan Selamat Berpuasa Semua!