Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) Dan Biodata

Senarai Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) Dan Biodata

Program realiti nyanyian Gegar Vaganza kini kembali untuk musim ke-8. 'Bintang Kembali Menyengat' apabila seramai 13 peserta yang akan bertanding untuk musim terbaru tahun 2021 kali ini.

Kesemua peserta Gegar Vaganza termasuk GV8 merupakan antara bintang yang pernah menyinar dalam industri hiburan ketika dahulu. Kini mereka kembali ke pentas untuk bertanding dihadapan barisan juri.

Gegar Vaganza 8 kali ini lebih menarik apabila terdapat peserta daripada negara lain juga sertai selain dari Malaysia iaitu bintang Singapura dan Indonesia.

Edisi kali ini menampilkan 13 barisan bintang yang terdiri daripada 6 penyanyi solo lelaki, 5 penyanyi  solo wanita dan 2 peserta duo atau berkumpulan.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi akan berganding sebagai hos utama bagi GV8 disamping 3 juri tetap iaitu Datuk Ramli MS (Tok Tam), Datuk Syafinaz dan Ibu Hetty Koes Endang. Setiap minggu juga akan dijemput seorang juri jemputan.

Kesemua peserta akan diadili 100% pemarkahan daripada juri profesional, 3 juri tetap dan 1 juri jemputan setiap minggu. Peserta yang peroleh markah yang terendah akan disingkirkan.

Program Gegar Vaganza 8 akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk 10 minggu bermula 21 November ini, setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Astro Go.

Barisan Peserta Dan Biodata Gegar Vaganza 8 Untuk Tahun 2021

Pastinya ramai yang tidak sabar dengan kemunculan semula beberapa bintang di kaca tv sebagai peserta GV8 kali ini. Berikut merupakan senarai peserta :

1.  Aliff Aziz

Aliff Aziz

Nama Penuh : Muhammad Aliff Bin Aziz
Negara Asal : Singapura
Lagu Popular : Sayang-Sayang, Jangan Ganggu Pacarku
Penglibatan : Penyanyi, pelakon

2.  Adibah Noor

Adibah Noor

Nama Penuh : Adibah Noor Binti Mohamed Omar
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Terlalu Istimewa, Zapin Cinta SMS (Duet Senario)
Penglibatan : Guru, penyanyi, pengacara, juri, pelakon

3.  Azan Scan

Azan Scan

Nama Penuh : Noor Hazan Bin Rashid
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Kau Di Paksa Aku Terpaksa
Penglibatan : Penyanyi, art director

4.  Aweera

Aweera

Nama Penuh : Nasharul Aweera Norisyissham
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Andaiku Bercinta Lagi, Romancinta
Penglibatan : Penyanyi

5.  Ani Maiyuni

Ani Maiyuni

Nama Penuh : Aishah An-Nur Binti Osman
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Sedap
Penglibatan : Penyanyi, pelakon

6.  Bandi Amuk

Bandi Amuk

Nama Penuh : Nasabandi Bin Jumat
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Akar dan Bumi, Hakikat, Aku Mahu Pulang
Penglibatan : Penyanyi
*Bandi akan buka topeng secara live jika dinobatkan sebagai juara GV8

7.  Nikki

Nikki

Nama Penuh : Nicolette Louisa Palikat
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Caramu (Duet Zahid)
Penglibatan : Penyanyi, pelakon teater

8.  Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Nama Penuh : Dato' Ahmad Fadzli Bin Yaakob
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Asmara Ini, Bila April
Penglibatan : Pelakon, penyanyi, usahawan makanan

9.  Suki

Suki

Nama Penuh : Suki Low Sook Yee
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Terlalu Mencintaimu, Berdiri
Penglibatan : Penyanyi, peniaga

10.  Shidee

Shidee

Nama Penuh : Rashid Bin Abdol Wahab
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Sayang Semuanya
Penglibatan : Penyanyi

11.  Saiful Apek & Yassin

Saiful Apek & Yassin

Nama Penuh : Mohd Saifulazam Bin Mohammad Yusoff & Yassin Yahya
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Aspalela, Cari Tapak
Penglibatan : Penyanyi, pelawak, pelakon

12.  Nico

Nico

Nama Penuh : Abdul Fashah Abdul Aziz (Md), Musaffat Shah Baharin (Affa), Shah Rosli (Dino)
Negara Asal : Malaysia
Lagu Popular : Inilah Nasibku, Untukmu Sayang, Kaulah Gadisku, KGB
Penglibatan : Penyanyi

13.  Upiak Isil

Upiak Isil

Nama Penuh : Silva Nanda
Negara Asal : Indonesia
Lagu Popular : Tak Tun Tuang
Penglibatan : Penyanyi, pelakon


Jadi anda dah ada peserta favourite? Siapakah yang bakal jadi juara Gegar Vaganza 8 kali ini?