Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 34) Tahun 2021

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 34) Tahun 2021

Kini secara rasminya telah diumumkan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan setelah diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH 34) sebentar tadi.

Dengan tema #KITABERSAMA yang memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk terus melawan wabak Covid-19 yang masih ada di dalam negara sehingga kini.

ABPBH kali ini telah disiarkan secara langsung melalui TV3, saluran Tonton, termasuk Youtube TV3 dan Youtube BH serrta laman TikTok dan laman web ABPBH sendiri di www.abpbh.com.my

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 telah dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala hos bagi acara Karpet Merah ialah Izzue Islam dan Sissy Imann dimana disitu dapat dilihat gaya artis di acara gilang-gemilang tersebut.

Senarai Pemenang Bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 34) Untuk Tahun 2021

Untuk tahun 2021 yang merupakan edisi ke-34, sebanyak 14 kategori utama dan 4 kategori online yang dipertandingkan disamping 2 kategori istimewa iaitu melalui undian TikTok.

Kesemua markah undian adalah daripada orang ramai yang telah dibuka bermula 10 Oktober hingga 31 Oktober 2021 yang lalu melalui laman web ABPBH.

Bintang Paling Popular - Janna Nick (86 juta undian)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Hajah Habsah Hassan


Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular

  • Dinie Rashid

Artis Baharu Wanita Popular

  • Dolla

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi

  • Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi

  • Siti Nordiana

Pelakon Filem Lelaki Popular

  • Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular

  • Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular

  • Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular

  • Siti Saleha

Artis Versatil Popular

  • Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular

  • Aina Abdul & Khai Bahar - Nafas Cinta

Artis Komedi Popular

  • Asif Suhaimi

Penyampai Radio Popular

  • DJ Lin

Pengacara TV Popular

  • Janna Nick

Watak Animasi Popular

  • Ejen Ali

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular

  • Kamal Adli & Uqasha Senrose - Perempuan Tanpa Dosa

Gandingan Serasi Filem Popular

  • Wanna Ali & PU Ariz - Ada Apa Dengan Dosa

Watak Antagonis Popular

  • Liza Abdullah - 7 Hari Mencintaiku 2

YouTuber Popular

  • Aqil Zulkifliee


Kategori Istimewa (TikTok)

Artis TikTok Popular ABPBH 34

  • Khai Bahar

Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34

  • Siti Nordiana FC


Tahniah kepada semua pemenang!