Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai 20 Pemain Pasukan Hoki Malaysia Di Piala Dunia Remaja Lelaki 2021

Senarai 20 Pemain Pasukan Hoki Malaysia Di Piala Dunia Remaja Lelaki 2021

Seramai 20 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang bakal berlangsung di Bhubaneswar, India bermula pada 24 November hingga 5 Disember ini.

Kejohanan ini menampilkan 16 pasukan terbaik dunia termasuk Malaysia apabila telah diundi dalam Kumpulan A bersama Belgium yang juga juara bertahan, Chile dan pasukan Afrika Selatan.

Untuk edisi kali ini, Malaysia mensasarkan untuk melepasi peringkat kumpulan dan melayakkan diri ke pusingan suku akhir seperti yang diumumkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Senarai 20 Pemain Malaysia Untuk Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021

Purata usia pemain yang mewakili Malaysia adalah lingkungan 20 tahun dengan dibarisi 2 penjaga gol, 6 pemain pertahanan, 5 pemain di posisi tengah dan 7 pemain di bahagian serangan.

Berikut merupakan senarai 20 pemain Malaysia bagi menggalas cabaran di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki untuk tahun 2021

Jurulatih Pasukan : Wallace Tan

⏵Penjaga Gol

  • Che Shahrul Azmi She Saupi
  • Muhammad Hamiz Mohd Ahir

⏵Pertahanan

  • Syarman Mat Tee
  • Muhammad Saifuddin Azli
  • Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin
  • Muhammad Amirul Hamizan Azahar
  • Muhammad Arif Shafie Ishak
  • Muhammad Zulfitri Md Zin

⏵Tengah

  • Muhammad Faris Harizan
  • Muhammad Hafizi Zainuddin
  • Alfarico Lance Liau Jr
  • Pavandip Singh Gurdip Singh
  • Muhammad Syawal Abd Razak

⏵Penyerang

  • Muhajir Abdu Rauf
  • Muhammad Muhibuddin Moharam
  • Mohamad Akhimullah Anuar Esook (Kapten)
  • Muhammad Amirul Haniff Mamat
  • Muhammad Noor Firdaus Rosdi
  • Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee
  • Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul


kredit : Malaysia Hockey Confederation