Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pemain Badminton Malaysia Untuk Kejohanan Irish Open 2021

Pemain Malaysia Untuk Kejohanan Irish Open 2021

Skuad badminton muda negara akan beraksi di kejohanan Irish Open atau dikenali sebagai AIG FZ Forza Irish Open 2021 yang akan berlangsung pada 17 November hingga 20 November 2021.

Tournament ini juga bakal menampilkan pemain-pemain pelapis dari negara lain bagi merebut kejuaraan dan peroleh mata ranking serta hadiah wang tunai berjumlah USD 15,000 (~RM63 ribu) secara keseluruhan.

Perlawanan badminton Irish Open 2021 akan berlangsung dari National Indoor Arena, Dublin, Ireland. Akan tetapi tiada siaran langsung buat peminat tanah air di Malaysia.

Walaubagaimanapun, anda boleh ikuti keputusan untuk kesemua perlawanan termasuk pemain negara secara langsung menerusi laman web BWF di www.bwftournamentsoftware.com

Senarai Pemain Malaysia Untuk Kejohanan Irish Open 2021

Malaysia mempunyai wakil bagi setiap kategori yang dipertandingkan sama ada pemain BAM atau pemain bebas. Ianya merupakan perlawanan kalah mati bermula dengan peringkat kelayakan sehingga akhir.

Perseorangan Lelaki

  • Soong Joo Ven
  • Ng Tze Yong (BAM)
  • Iskandar Zulkarnain
  • Leong Jun Hao (BAM)
  • Aidil Sholeh (BAM)
  • Yeoh Seng Zoe [Q]
  • Misbun Ramdan Mohmed Misbun [Q]
  • Muhammad Izzuddin Shamsul Muzli [Q]
  • Lim Chi Wing [Q]
  • Lim Yik Shen [Q]
  • Tan Jie Jie [Q]
  • Tan Jun Yi [Q]

Perseorangan Wanita

  • Myisha Mohd Khairul [Q] (BAM)

Beregu Lelaki

  • Man Wei Chong/Tee Kai Wun (BAM)
  • Arif Junaidi/Muhammad Haikal (BAM)

Beregu Wanita

  • Low Yeen Yuan/Valeree Siow (BAM)

Beregu Campuran

  • Tan Yi Han/Ng Qi Xuan

Semoga berjaya diucapkan kepada semua pemain yang mewakili negara dalam kejohanan AIG FZ Forza Irish Open 2021.