Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Pemain Malaysia Dalam Thomas Cup & Uber Cup 2021

Senarai Pemain Malaysia Dalam Thomas Cup & Uber Cup 2021

Skuad badminton Malaysia akan meneruskan cabaran dalam sebuah lagi kejohanan badminton berpasukan iaitu dalam BWF Piala Thomas (Thomas Cup) dan Piala Uber (Uber Cup) untuk tahun 2021.

Selepas kejayaan yang membanggakan dalam kejohonan Piala Sudirman 2021 yang lalu dengan memenangi pingat gangsa, kini pemain-pemain bergerak daripada Finland terbang terus ke Denmark untuk satu lagi kejohanan antarabangsa.

Masih dengan format badminton yang sama iaitu melibatkan acara berpasukan tetapi berbeza kejohonan dimana Thomas Cup melibatkan semua pemain lelaki manakala Uber Cup melibatkan semua pemain wanita.

BACAJadual Siaran Langsung Perlawanan Thomas Cup & Uber Cup 2021

Kejohanan ini diadakan 2 tahun sekali dan ianya terpaksa ditunda pada tahun 2020 dan dibawa ke tahun 2021 dengan China sebagai juara bertahan bagi edisi kali ini.

Piala Thomas dan Piala Uber 2021 melibatkan 16 pasukan daripada 16 negara dan akan berlangsung bermula 9 Oktober hingga 17 Oktober 2021 serentak yang diadakan di Aarhus, Denmark.

Piala Thomas 2021

Edisi kali ini, Malaysia telah diundi dalam kumpulan D bersama-sama pasukan Jepun, England dan Kanada. Walaubagaimanapun, England telah mengumumkan penarikan penyertaan bagi edisi kali ini. Jadi hanya 3 pasukan sahaja bertanding untuk kumpulan D.

Format untuk kejohanan badminton Piala Thomas melibatkan 3 perseorangan lelaki dan 2 beregu lelaki untuk 5 perlawanan dan pastinya 2 pasukan teratas akan layak untuk ke pusingan kalah mati.

Berikut merupakan senarai pemain badminton lelaki negara:-

Perseorangan Lelaki:

  • Lee Zii Jia (Kapten)
  • Tze Yong
  • Aidil Sholeh
  • Cheam Jun Wei
  • Leong Jun Hao

Beregu Lelaki:

  • Aaron Chia - Soh Wooi Yik
  • Goh Sze Fei - Nur Izzudin Rumsani
  • Man Wei Chong
  • Tee Wai Kun
  • Low Hang Yee

Piala Uber 2021

Untuk kejohonan Piala Uber 2021, Malaysia juga diundi dalam kumpulan D bersama-sama China, Denmark dan Kanada. Sepertinya sukar untuk laluan skuad negara kali ini, tapi dalam kejohanan kali ini, skuad wanita juga tidak kurang hebatnya.

Piala Uber juga melibatkan 5 perlawanan iaitu 3 perseorangan wanita dan 2 beregu wanita. Perlu menjadi 2 pasukan teratas untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Berikut merupakan senarai pemain badminton wanita negara:-

Perseorangan Wanita

  • S. Kisona
  • Goh Jin Wei
  • Eoon Qi Xuan
  • K. Letshanaa
  • Siti Nurshuhaini Azman

Beregu Wanita

  • Lee Meng Yean (Kapten)
  • M. Thinaah
  • Pearly Tan
  • Yap Ling
  • Teoh Mei Xing
  • Go Pei Kee

Jadi jangan lupa untuk terus beri sokongan kepada kesemua pemain negara yang akan bertanding dalam kejohanan BWF Piala Thomas dan Piala Uber untuk edisi tahun 2021 kali ini.