Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lirik Lagu Rasmi 'Keluarga Malaysia'

lirik lagi rasmi keluarga malaysia

Hari ini, 8 Oktober 2021, Perdana Menteri malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri dan turut diperdengarkan lagu rasmi 'Keluarga Malaysia'

Konsep Keluarga Malaysia telah dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri sendiri pada 22 Ogos 2021 dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum. 

Konsep Keluarga Malaysia diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Jadi dalam acara prapelancara Keluarga Malaysia tersebut, 3 penyanyi iaitu Neeta, Ayie Floor 88 dan Daniel Lee telah mendendangkan lagu rasmi bertajuk 'KELUARGA MALAYSIA' 

Lirik Lagu Keluarga Malaysia

Tajuk Lagu : Keluarga Malaysia

Lirik : Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Annuar Haji Musa

Komposer : Jerry

Terbitan : Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI dan Rocketfuel Entertainment

Lirik

Nun di langit
Cahaya bersinar
Menyinari bumi merdeka

Ini masa
Buang permusuhan
Padamkan sengketa di jiwa

Ayuh buka
Pintu pintu di hati
Rapatkan jurang satukan tekad azam untuk
Malaysia

Ayuh kita
Bersama bangunkan semula
Rapatkan
Hatimu hapuskanlah kebencian

Ayuh kita
Zahirkan impian bersama
Menjunjung
Semangat yang bernama Keluarga Malaysia

Music bridge

Dari timur barat dan selatan
Inilah masanya bersama

Ayuh kita
Henti menuding menyalah
Tegaskan
Niatmu sempurnakan keazaman

Hanya kita
Rakyat berbagai bangsa
Mampu membangunkan membentukkan arah untuk Malaysia

Ayuh kita
Bersama bangunkan semula
Rapatkan
Hatimu hapuskanlah kebencian

Ayuh kita
Zahirkan impian bersama
Menjunjung
Semangat yang bernama

Keluarga Malaysia