Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jadual Siaran Langsung Perlawanan Harimau Malaysia (Perlawanan Antarabangsa - Oktober)

perlawanan antarabangsa tier 1 harimau malaya

Perlawanan Antarabangsa Tier 1 kini kembali yang pastinya akan melibatkan skuad Harimau Malaya bagi bertemu pasukan lawan iaitu Jordan dan Uzbekistan pada 6 Oktober 2021 dan 9 Oktober 2021.

International break untuk bulan Oktober 2021 kali ini, Malaysia akan bermain dalam perlawanan antarabangsa bertemu pasukan Timur Tengah iaitu Jordan dengan ranking ke-93 dunia dan Uzbekistan dengan ranking ke-84 dunia.

BACA : Cara Tonton Semua Perlawanan EURO 2020 Secara Live

Tan Chen Hoe sebagai ketua jurulatih pasukan telah menyenaraikan 22 pemain yang akan terbang ke Amman, Jordan pada 2 Oktober yang lalu iaitu:

Aidil Zafuan, Nazmi Faiz, Akhyar Rashid, Syafi Ahmad dan De Paula daripada pasukan JDT. 4 pemain daripada Selangor iaitu Khairulazhan, Syahmi Safari, Shahrul Nazeem dan Mukhairi Ajmal.

Kedah dan Penang menghantara 2 pemain iaitu masing-masing untuk Rizal Ghazali dan Baddrol Bakhtiar beserta Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun. 3 pemain daripada Kuala Lumpur City dan Terengganu iaitu Irfan Zakarian, Akram Mahinan, Kenny Pallraj dan Arif Fadzilah, Faisal Halim, Hakimi Abdullah.

Selain itu juga, Dominic Tan, Luqman Hakim, Dion Cools, Kalamullah Al-Hafiz dan Khairul Fahmi Che Mat juga tersenarai daripada pasukan kelab masing-masing.

Jadual Siarang Langsung Perlawanan Harimau Malaya

Kedua-dua perlawanan menentang pasukan Jordan dan Uzbekistan akan berlangsung di Amman, Jordan tetapi berbeza venue.

Anda boleh saksikan kedua-dua aksi perlawanan ini secara langsung menerusi Astro Arena 2 saluran 802 di Astro dan Astro Go. Selain itu, anda boleh tonton di Youtube Jordan FA secara percuma.

Perlawanan 1

Jordan vs Malaysia
Rabu, 6 Oktober 2021
King Abdullah II Stadium, Amman Jordan
11.00 PM

Perlawanan 2

Uzbekistan vs Malaysia
Sabtu, 9 Oktober 2021
Amman International Stadium, Amman Jordan
11.00 PM

Jadual Siarang Langsung Perlawanan Harimau Malaya

Semoga Malaysia berjaya meraih kemenangan menentang pasukan lawan dan sekali gus dapat mengumpul mata dan naik ranking