Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Langgan Lionsgate Play Dengan Harga RM19.90 Sebulan

cara langgan aplikasi lionsgate play malaysia dengan harga rm19.90 sebulan

Lionsgate Play telah secara rasmi tiba di Malaysia. Ianya merupakan platform penstriman video daripada Lionsgate yang menyediakan pelbagai filem menarik. Ini cara untuk anda melanggan.

Platform Lionsgate Play berasal daripada India. Kemudian ianya memasuki pasaran Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Filipina dan kini secara rasminya di Malaysia bermula Oktober 2021. Pada awalnya ianya memasuki melalui Unifi TV, tetapi pengguna lain pun juga mempunyai akses langganan.

Platform ini menawarkan pelbagai filem-filem menarik antaranya The Hunger Games, The Twilight Saga, Now You See Me, The Aviator dan banyak lagi. Selain itu, ada juga Siri TV seperti Power, Mad Men, The Spanish Princess dan pelbagai lagi.

BACA : Cara Daftar Dan Melanggan MUBI Malaysia

Bagi pengguna Unifi TV dengan langganan Ultimate Pack, anda boleh dapatkan akses Lionsgate Play secara percuma. Manakala bagi pengguna Unifi TV yang lain (tanpa langganan Ultimate Pack), anda boleh dapatkan dengan harga RM14.90 sebulan yang mana berbeza bagi bukan pelanggan Unifi TV dengan tawaran harga RM19.90 untuk sebulan.

Cara Melanggan Lionsgate Play Bagi Bukan Pengguna Unifi TV

Jangan risau jika anda bukan pengguna Unifi TV, anda juga boleh dapatkan akses platform Lionsgate Play. Walaubagaimanapun, setakat ini, langganan hanya boleh dibuat menerusi aplikasi Lionsgate Play sahaja. Tidak boleh dibuat menggunakan laman web.

Anda boleh tonton kandungan menerusi laman web di www.lionsgateplay.com atau melalui aplikasi daripada Play Store dan App Store. Selain itu, ada juga di Apple TV, Android Box dan Amazon Fire Stick.

  1. Buka aplikasi Lionsgate Malaysia dan klik 'Sign Up'
  2. Masukkan alamat emel berserta password dan klik 'Continue'
  3. Kemudian pilih MYR 19.90 Monthly dan klik 'Subscribe'
  4. Klik pada Google Play
  5. Masukkan butiran cara pembayaran sama ada menggunakan kad debit/kredit atau bil bulanan
  6. Jika sudah klik pada Subscribe
  7. Kini anda boleh mula layan kandungan premium Lionsgate Play
cara langgan aplikasi lionsgate play malaysia dengan harga rm19.90 sebulan

Melalui laman FAQ, pengguna boleh tonton menerusi 3 peranti serentak dengan satu akaun yang sama. Bukan profil seperti Netflix.

Jadi jika anda peminat filem-filem blockbuster yang lama-lama, mungkin platform ini sesuai untuk anda. Selamat mencuba.