Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar Dan Mencarum I-Saraan KWSP Khusus Bagi Yang Bekerja Sendiri

Cara Daftar Dan Mencarum I-Saraan KWSP Khusus Bagi Yang Bekerja Sendiri

i-Saraan KWSP merupakan kaedah caruman sukarela dengan insentif persaraan yang disediakan oleh pihak Kerjaan khusus bagi yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap untuk tujuan persaraan.

Setiap pekerja yang bergaji tetap, mereka akan dicarum secara automatik melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP daripada gaji mereka dan juga pihak majikan. Jadi setiap akan dibuat caruman berdasarkan gaji yang diperoleh.

BACA : Cara Buat Temu Janji Bagi Urusan KWSP Sepanjang Musim Pandemik

Tetapi sekiranya anda bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap setiap bulan, anda juga boleh buat caruman untuk persaraan ketika hari tua melalui Caruman Sukarela (Self-Contribution). Anda bebas untuk mencarum berapa nilai sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Tambahan pula, kini pihak Kerajaan telah memperkenalkan Insentif Persaraan untuk caruman sukarela iaitu i-Saraan dimana ahli akan menerima caruman tambahan setiap tahun.

Sebagai ahli dibawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun) ke atas caruman KWSP anda.

apa itu i-saraan kwsp

Faedah Daripada i-Saraan

Antara faedah yang diperoleh melalui program i-Saraan ini adalah :

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500* tertakluk kepada terma dan syarat KWSP 
kelebihan dan faedah i-saraan kwsp

Ini adalah cara terbaik untuk simpanan masa depan anda

Siapa Yang Layak Memohon

Untuk melayakkan anda memohon, anda perlu penuhi syara-syarat seperti yang ditetapkan iaitu

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Orang yang bekerja sendiri (apa-apa pekerjaan yang mendatangkan hasil)
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan dengan menghantar borang KWSP 16G(M)

*Khusus untuk suri rumah, anda boleh pilih satu sahaja sama ada i-Saraan atau i-Suri selain dariapda bergantung kepada kelayakan pemohon.

Cara Daftar i-Saraan KWSP

Untuk mendaftar akaun i-Saraan, terlebih dahulu anda perlu daftar sebagai ahli KWSP dan kemudian baru boleh teruskan pendaftaran i-Saraan. Kaedah

1.  Daftar Ahli KWSP

Pendaftaran hanya boleh dibuat di kaunter KWSP atau di kiosk. Jadi anda boleh datang dimana-mana cawangan KWSP untuk daftar sebagai ahli KWSP. Hanya bawa MyKad anda sahaja.

Sekiranya anda sudah menjadi ahli, tidak perlu lagi daftar. Cukup hanya sekali.

2.  Daftar i-Saraan

LANGKAH 1

Untuk buka akaun i-Saraan, anda juga perlu hadir ke kaunter KWSP. Tetapi terlebih dahulu, anda perlu download borang i-Saraan - KWSP 16G (M) disini untuk dibawa ke dan mulakan proses pendaftaran.

Cara Daftar i-Saraan KWSP

gambar via aimanabdullah.com

LANGKAH 2

Kemudian download borang i-Saraan KWSP 6A (2) sekiranya anda ingin buat caruman pertama secara terus di kaunter. Ini adalah pilihan, anda boleh mencarum kemudian melalui perbankan online sahaja.

LANGKAH 3

Jangan lupa untuk bawa MyKad original anda untuk pendaftaran

LANGKAH 4

Selesaikan segala urusan bersama staf KWSP sehingga selesai. Mudah sahaja

3.  Daftar i-Akaun

Jika sudah selesai pendaftaran i-Saraan KWSP, anda disarankan untuk daftar i-Akaun pula. Anda boleh pantau segala transaksi akaun KWSP anda secara online. Anda juga boleh tengok jika dividen sudah dibayar nanti.

Pendaftaran juga boleh dilakukan di kiosk KWSP sahaja. Anda perlu daftar menggunakan nombor kad pengenalan dan kemudian diikuti dengan tetapan password. Jika sudah selesai, selepas itu anda boleh Login seperti biasa di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Daftar i-Akaun

Kini anda sudah berjaya daftar sebagai ahli KWSP, buka akaun i-Saraan KWSP untuk pencarum sukarela dengan insentif kerajaan berserta buka i-Akaun.

Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my/i-saraan