Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Cetak Sijil Digital Vaksinasi File PDF Menerusi MySejahtera

file pdf sijil vaksinasi mysejahtera

Ciri terbaru yang diperkenalkan menerusi MySejahtera adalah orang ramai yang telah lengkap vaksinasi kini boleh muat-turun dan cetak sijil digital vaksinasi dalam file PDF.

Fitur atau ciri ini juga dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menerusi laman twitter rasmi beliau apabila ianya dapat maklumbalas daripada pengguna twitter yang lain.

Beliau memberitahu, kemaskini terbaru ini membolehkan orang ramai yang telah lengkap vaksinasi untuk cetak file PDF sijil vaksinasi untuk tujuan pergerakan dalam dan luar negara kelak.

Jadi selepas ini, jika ada masalah pada telefon anda atau mungkin tertinggal dirumah, anda boleh la tunjukkan sahaja cetakat sijil tersebut apabila diminta.

Cara Cetak File PDF Sijil Digital Vaksinasi

Untuk dapatkan ciri kini, anda perlu kemaskini aplikasi MySejahtera anda kepada versi yang terbaru. Walaubagaimanapun, setakat ini ianya hanya ditawarkan menerusi platform iOS sahaja dan Android belum mendapat kemaskini tersebut.

LANGKAH 1

Pastikan sijil digital vaksinasi anda sudah berwarna kuning. Jika sudah pergi ke halaman Profile

LANGKAH 2

Kemudian skroll ke bawah sekali sehingga jumpa ikon Generate. Klik pada ikon tersebut.

LANGKAH 3

Anda akan diberikan file dalam format PDF. Dan dari situ, anda boleh print atau cetak seperti biasa.

file pdf sijil vaksinasi mysejahtera

Jadi dengan kemudahan ini, ianya lebih mudah, sekiranya apa-apa berlaku kepada sijil digital vaksinasi kita atau pada telefon bimbit kita kan. Kita sudah ada 'hard copy pun.