Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Temu Janji Bagi Urusan KWSP Sepanjang Musim Pandemik

Cara Buat Temu Janji Bagi Urusan KWSP Sepanjang Musim Pandemik

KWSP telah mengumumkan sepanjang musim pandemik, mereka akan beroperasi secara temu janji sahaja iaitu bermula 8 September 2021. Jadi jika ingin buat urusan, sila berbuat demikian. Ini cara buat temu janji KWSP.

Musim pandemik menyebabkan kebanyakan perkhidmatan lebih berhati-hati apabila menerima pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa dan tidak terkecuali bagi kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) bagi seluruh cawangan.

Jika sebelum ini, anda boleh datang pada bila-bila masa sahaja untuk berurusan dan kini tidak lagi. Anda perlu buat janji temu terlebih dahulu. Ianya sekali gus dapat mengurangkan pelanggan berkumpul beramai-ramai dalam satu masa.

Pengoperasian kaunter KWSP sepanjangn tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini adalah berbeza mengikut Fasa:

  • Lokasi Fasa 1 : 8.30 pagi - 2.00 petang
  • Lokasi Fasa 2 : 8.30 pagi - 3.00 petang
  • Lokasi Fasa 3 & Fasa 4 : 8.30 pagi - 4.30 petang

Cara Buat Temu Jani Bagi Urusan Di Kaunter KWSP

Cara Buat Temu Jani Bagi Urusan Di Kaunter KWSP

Jika dilihat menerusi sistem 'booking' di KWSP, anda boleh buat janji temu seawal 8.30 pagi sehingga 4.20 petang dengan jarak waktu adalah 5 minit.

Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

  1. Pergi ke portal KWSP www.kwsp.gov.my/janjitemu
  2. Kemudian skroll bawah sikit, pada bahagian 'Jadualkan Temu Janji Disini', pilih negeri dan cawangan terdekat anda dan klik 'Seterusnya'
  3. Disini anda perlu pilih atas urusan apa anda ingin datang ke KWSP. Antaranya :
    1. Pendaftaran penamaan
    2. Pendaftaran i-Saraan
    3. Pengeluaran Umur 50
    4. Berkaitan i-Citra
    5. Pengeluaran Beli Rumah
    6. Perundingan Perancangan Persaraan dan banyak lagi
  4. Jika sudah, pilih tarikh yang masih kosong beserta waktu bila anda akan datang nanti dan klik 'Pilih Slot'
  5. Kemudian anda perlu masukkan butiran peribadi seperti nama, nombor telefon, alamat emel dan nombor MyKad. Jika sudah klik 'Buat Janji Temu'
  6. Kemudian pengesahan akan dibuat. Selesai!

Jadi pada hari temu janji tersebut, anda perlu datang pada hari dan waktu yang telah dipilih bersama urusan yang ingin dibuat di kaunter KWSP.

Ketika hadir, anda perlu patuhi SOP yang ditetapkan iaitu :

  • Pastikan anda tidak bergejala seperti demam atau batuk
  • Wajib memakai pelitup muka (facemask) sepanjang berurusan
  • Imbas kod MySejahtera sebelum memasuki premis

Semoga membantu...