-->

Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Yang Baru Secara Online

Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Yang Baru Secara Online

Sebenarnya, anda tidak perlu pun ke kaunter Maybank untuk tukar kad Debit ATM anda, sebaliknya anda boleh lakukan secara online sahaja melalui laman web Maybank2u.

Mungkin dalam masa terdekat, kad ATM Ceri Maybank anda akan tamat tempoh dan sekali gus anda tidak lagi boleh menggunakan kad tersebut di mesin ATM.

Jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku kepada anda, anda perlu renew, replace atau dapatkan kad ATM Maybank yang baru.

Kini terdapat 2 cara untuk anda tukar kad iaitu boleh pergi terus ke mana-mana cawangan Maybank atau anda boleh buat kad baru secara online sahaja di laman web Maybank2u.

BACA : Cara semak baki akaun Maybank secara online (Maybank2u)

Pastinya di musim pandemik ini, kita sebolehnya mahu elak untuk berada di luar rumah dan berkumpul. Tambahan pula, kalau pergi bank, anda kena beratur dan tunggu giliran.

Jadi perkara tersebut boleh dielakkan apabila anda berurusan secara online sahaja. Anda boleh buat di rumah pada bila-bila masa sahaja. Boleh dilakukan menggunakan laptop sahaja. Pastinya mempunyai akaun Maybank2u sahaja.

Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Yang Baru Secara Online

Kad caj yang dikenakan adalah RM12 bagi setiap transaksi yang akan ditolak dari akaun Maybank anda. Kad ATM Maybank yang baru akan di pos terus ke rumah anda dalam tempoh 9 hari.

1)  Layari laman web Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/ dan Login seperti biasa

2)  Kemudian pergi Setting > Cards > dan pilih 'Manage Debit Cards' dan pergi kepada 'Debit Card - Replace, Activate & Block'

Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Yang Baru Secara Online

3)  Klik pada 3 titik dan pilih 'Replace Card'

Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Yang Baru Secara Online

4)  Kemudian masukkan alamat kediamana dan dimana pihak Maybank akan post kad debit ATM Maybank yang baru kepada anda. Jika sudah siap, klik 'Replace Card'

Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Yang Baru Secara Online

5)  Masukkan TAC number seperti biasa dan selesai! Tunggu sahaja kad anda sampai ke rumah anda

Selain itu, cara ini juga anda boleh untuk 'block card' sekiranya kad anda hilang atau aktifkan kad baru anda pada pilihan 'Activate'

Harap tutorial ini membantu anda yang mungkin malas nak keluar rumah dan menggunakan cara tukar kad debit ATM Maybank yang baru secara online sahaja.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel