Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jadual harian kontinjen Malaysia di Paralimpik Tokyo 2020

Jadual harian kontinjen Malaysia di Paralimpik Tokyo 2020

Foto : Paralympic Council of Malaysia

Atlet Para Malaysia akan meneruskan cabaran di Sukan Paralimpik Tokyo 202 bermula 24 Ogos hingga 5 September 2021.

Jadi rakyat Malaysia dipohon untuk terus memberi sokongan kepada kontinjen negara untuk meraih lebih banyak pingat bagi edisi kali ini.

Seramai 22 atlet para negara akan bertanding dalam 9 jenis sukan seperti Badminton, acara Olahraga, Angkat Berat, Berenang, Ping Pong, Basikal Trek dan beberapa lagi.

Mereka semua akan bermain di venue yang berbeza mengikut acara sukan yang diadakan di seluruh Tokyo, Jepun. Kali ini melibatkan 539 acara daripada 22 jenis sukan yang dipertandingkan di 21 venue yang berbeza.

Jadual hari atlet para negera di Paralimpik Tokyo 2020

Jadi jangan lupa untuk berikan sepenuh sokongan kepada para atlet walaupun kita berada di Malaysia. Boleh dapatkan jadual penuh bagi setiap atlet yang bertanding sepanjang tempoh tersebut di laman web Paralimpik Tokyo 2020 atau Tokyo Paralimpik - Malaysia.

Edisi kali ini, Astro hanya bawakan sorotan harian menerusi Astro Arena (CH801) setiap hari jam 11 malam. Manakala RTM akan bawakan perkembangan terkinin melalui laman media sosial.

Akan tetapi anda boleh saksikan secara langsung menerusi Youtube Paralympic Games dan mungkin ada beberapa acara yang akan melibatkan kontinjen Malaysia

24 Ogos

  • Acara Pembukaan

25 Ogos, Rabu

  • Muhd Nursaiful Zulkafli (Renang - Gaya Bebas 200 m Lelaki) - 9.56 am
  • Chee Chaoming (Ping Pong - Perseorang lelaki) - 8.40 am

26 Ogos, Khamis

  • Muhd Nursyaiful Zulkafli (Renang - Gaya Bebas 100 m Lelaki) - 8.00 am & 4.00 pm
  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Basikal Trek Lelaki C1 - Pursuit Individu 3000 m) - 9.30 am
  • Nur Azlia Syafinaz (Basikal Trek Perempuan B - 1000 m) - 9.00 am
  • Muhammad Hafiz Jamali (Basikal Trek Lelaki C4-5 - 1000 m) - 1.00 pm
  • Chee Chaoming (Ping Pong - Perseorang lelaki) - 8.00 am & 5,40 pm

27 Ogos, Jumaat

  • S.Suresh (Memenah - Recurve Individu Lelaki) - 1.00 pm
  • Wiro Julin (Memanah - Kompaun Individu Lelaki) - 1.00 pm
  • Abu Samah Bin Borhan (Tenis Kerusi Roda - Perseorangan Lelaki) - 10.00 am
  • Jamery Anak Siga (Renang - Kuak Kupu-Kupu 50 m lelaki) - 8.51 am
  • Brenda Anellia Larry (Renang - Kuak Kupu-Kupu 50 m wanita) - 8.59 am

28 Ogos, Sabtu

  • Yusof Hafizi, Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad (Basikal Trek Kumpulan Campuran C1-5 - Pecut 750 m) - 9.32 am
  • Bonnie Bunyau (Angkat Berat - 72 kg) - 10.00 am (Pingat EMAS)
  • Wiro Julin (Memanah Lelaki - Compound) - 11.56 am
  • Chew Wei Lun (Boccia - Individu BC1) - 4.10 pm
  • Abu Samah Borhan (Tenis Kerusi Roda Lelaki - Individu) - 2.00 pm

29 Ogos, Ahad

  • Muhd Nursyaiful Zulkafli (Renang Lelaki SB4 - Kuak Dada 100 m) - 9.14 am
  • Che Wei Lun (Boccia BC1 - Individu)- 9.40 am & 4.10 pm

30 Ogos, Isnin

  • Jong Yee Khie (Angkat Berat Lelaki - 107 kg) - 10.00 am (Pingat PERAK)
  • Chew We Lun (Boccia BC1 - Individu) - 4.10 pm
  • Siti Noor Iasah (Lari T20 - 400 m) - 7.22 pm

31 Ogos, Selasa

  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Basikal Lelaki C1 - Cubaan Masa) - 7.41 am
  • Nur Azlia Syafinaz & Nurul Suhada (Basikal Perempuan B - Cubaan Masa) - 12.30 pm
  • Hafiz Jamali & Zulhairie Ahmad (Berbasikal Lelaki C5 - Cubaan Masa ) 12.47 pm
  • Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru Lelaki - F20) - 6.05 pm
  • Siti Noor Iasah (Lari Wanita T20 - 400 m finale) 7.38 pm
  • Chew Wei Lun (Boccia Individu BC1) - 3.00 pm

1 September

  • Nur Syaiful (Renang Lelaki S5 - Gaya Bebas 50 m) - 9.31 am
  • Chew Wei Lun (Boccia - BC1 - Individu Final) - 3.50 pm (Pingat PERAK)
  • Cheah Liek Hou (Badminton Lelaki SU5 - Perseorangan) - 7.00 pm

2 September

  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Lumba Basikal Lelaki C1-3) - 8.48 am
  • Didin Taresoh (Badminton - Perseorangan Lelaki SH6) - 12.00 pm & 4.20 pm
  • Cheah Liek Hou (Badminton - Perseorangan Lelaki SU5) - 3.00 pm

3 September

  • Brenda Anella (Renang Perempuan S4 - Kuak Lentang 50 m) - 9.07 am
  • Cheah Liek Hou (Badminton Perseorangan Lelaki SU5) - 12.00 pm
  • Ridzuan Puzi (Lari T36 - 100 m) - 7.33 pm
  • S. Suresh (Memanah Recurve Lelaki) - 9.15 am

4 September (Hari Terakhir Acara)

  • Wong Kar Gee (Lompat Jauh Lelaki T13 - Finale) - 9.20 am
  • Ridzuan Puzi (Lari Lelaki T36 100 m - Finale) - 9.38 am
  • Abdul Latif Romly (Lompat Jauh Lelaki T20 - Finale) - 6.00 pm (Pingat EMAS)
  • Cheah Liek Hou (Badminton Perseorangan Lelaki SU5) - 9.30 am @ 3.00 pm (Pingat EMAS)

5 September

  • Acara Penutup

BACA : Cara Saksikan Upacara Penutup Paralimpik Tokyo 2020 Secara Langsung (Live)