Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara semak baki akaun Maybank secara online (Maybank2u)

Cara semak baki akaun Maybank secara online (Maybank2u)

Kepada pengguna Maybank khususnya yang masih baru, kini anda boleh semak baki akaun secara online sahaja iaitu menerusi perbankan online, Maybank2u.

Jika anda sudah berjaya daftar akaun Maybank2u, anda kini boleh lakukan pelbagai urusan secara online sahaja termasuklah semak baki akaun.

Jika sebelumnya, untuk semak baki akaun anda perlu pergi ke mesin ATM terdekat, kemudian beratur tunggu giliran hanya untuk semak baki atau beratur di kaunter Maybank untuk semak baki.

BACA : Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Baru Secara Online

Kini tidak perlu lagi, anda boleh lakukan di rumah atau dimana-mana sahaja secara online menerusi perkhidmatan Maybank2u. Cepat, mudah dan menjimatkan masa

Cara semak baki akaun Maybank secara online

Mungkin anda ingin tahu adakah bantuan kerajaan seperti i-Sinar, i-Citra atau Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dah masuk bank ke belum. Guna sahaja Maybank2u. Semak menerusi website maybank di laptop

1)  Login akaun maybank anda di www.maybank2u.com.my seperti biasa

2)  Pada halama utama (My Accounts), klik pada "Savings Account-i" anda

Cara semak baki akaun Maybank secara online (Maybank2u)

3)  Kemudian akan dipaparkan jumlah baki akaun maybank anda bersama transaksi duit keluar dan masuk setiap hari

Cara semak baki akaun Maybank secara online (Maybank2u)

4)  Jika anda ingin dapatkan statement, anda klik pada "View Statements" dan download mengikut bulan yang anda mahu

Cara semak baki akaun Maybank secara online (Maybank2u)

Harap bermanfaat kepada semua untuk lebih mudah semak atau check baki akaun Maybank selepas yang boleh dibuat secara online sahaja.