Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Cara Peroleh Shopee Coins Dengan Mudah

6 Cara Peroleh Shopee Coins Dengan Mudah

Jika anda perasan dalam Shopee ada coins yang ditawarkan untuk setiap pengguna. Sebenarnya banyak kelebihan jika anda mengumpul coins tersebut. Terdapat 6 cara untuk anda kumpul coins tersebut.

Shopee Coins ini sebenarnya adalah ganjaran bagi pengguna Shopee ketika berbelanja atau menggunakan Shopee. Fungsi utama coins ini adalah untuk dapatkan lebih diskaun daripada harga asal.

Ini bermakna, anda akan dapat diskaun tambahan jika anda menggunakan coins ini ketika buat bayaran. Hatta 1 coins pun anda boleh dapat pengurangkan harga daripada harga asal.

BACA : Cara Pindahkan Shopee Coins Kepada Pengguna Lain Di Shopee Malaysia

Secara asasnya, 100 coins mewakili RM1 dan 1000 coins untuk RM10. Jadi jika anda menggunakan coins ini ketika payout, anda boleh dapatkan tambahan diskaun. Harga asal RM50, guna 1000 coins, boleh tolah RM10 dan jadilah RM40 sahaja untuk bayaran. Menarik kan.

Dalam Shopee sebenarnya terdapat 6 cara yang anda boleh dapatkan coins ini atau kumpul coins tersebut. Lagi banyak anda kumpul, lagi banyak diskaun tambahan yang anda perolehi.

Walaubagaimanapun, Shopee Coins ini ada tarikh luput iaitu sehingga 3 bulan bermula ketika coins yang anda peroleh tersebut. Anda boleh semak jumlah coins yang ada pada bahagian Me > My Shopee Coins

6 Cara Kumpul Shopee Coins Dengan Mudah

Pastikan anda sudah mendaftar sebagai pengguna Shopee dan Login akaun.

1)  Ganjaran melalui pesanan yang telah selesai (completed order)

Semua pembeli sebenarnya akan peroleh 1 coins bagi setiap RM1 yang dibelanjakan pada mana-mana barangan daripada seller Shopee Prferred dan Shop Mall.

Ganjaran melalui pesanan yang telah selesai (completed order)

Jumlah coins yang diperoleh adalah berdasarkan harga akhir pesanan tersebut selepas ditolak apa-apa diskaun dan juga caj penghantaran.

Coins tersebut anda akan peroleh apabila pesanan anda tersebut telah selesai. Barang anda sudah dapat, kemudian anda klik "Order Received" dan akan diberi ganjaran Shopee Coins.

Anda boleh peroleh sehingga 100 coins bagi setiap pesanan. Walaubagaimanapaun, ianya terhad untuk 150 coins sehari dan 300 coins untuk seminggu.

2)  Ganjaran menerusi Daily Coins Rewards

Berbeza dengan cara diatas. Jika sebelum ini, anda perlu berbelanja untuk dapatkan coins tetapi kali ini anda hanya buka aplikasi dan tebus coins. Paling best, anda boleh tebus dan buat setiap hari.

Hari pertama, 1 coins, hari kedua untuk 2 coins sehinggalah hari ketujuh untuk 7 coins. Pastikan anda tidak terlepas untuk tebus setiap hari. Jika terlepas, anda akan kembali dengan 1 coins semula. Jadi dalam seminggu, anda boleh kumpul 28 coins.

Caranya, anda perlu halaman utama Shopee > Daily Coins Rewads dan klik pada "Check in today to get coin" atau klik disini

Ganjaran shopee coins menerusi Daily Coins Rewards

3)  Ganjaran menerusi aktiviti pemasaran

Setiap pengguna boleh dapatkan lebih coins dengan sertai games yang ditawarkan setiap kali tiba perayaan. Antaranya ketika Raya, 9.9 Super Shopping Day, Shopee Quiz dan sebagainya.

ganjaran shopee coin menerusi aktiviti pemasaran

ganjaran shopee coin menerusi aktiviti pemasaran

ganjaran shopee coin menerusi aktiviti pemasaran

4)  Ganjaran bagi setiap rate yang dibuat kepada barangan yang dibeli

Jika barang yang anda beli sudah selamat sampai, anda diberi pilihan untuk beri penilaian atau rate serta bagi ulasan tentang barang tersebut.

Untuk dapatkan 5 coins penuh, anda perlu beri ulasan sekurang-kurangnya 50 patah perkataan berserta sekurang-kurangnya 1 gambar dan 1 video.

Ganjaran bagi setiap rate yang dibuat kepada barangan yang dibeli

5)  Ganjaran menerusi tontonan Shopee Live

Shopee Live ini dibuat daripada Seller. Jadi anda boleh sertai atau join mana-mana segmen pun. Anda boleh tonton live tersebut untuk beberapa minit bagi melayakkan anda tebus Shopee Coins yang ditawarkan. 

Anda tonton live, anda dapat coins. Mudah sahaja. Caranya pergi halaman Shopee > Shopee Live dan kemudian pilih la mana-mana live yang menawarkan coins

Ganjaran menerusi tontonan Shopee Live

6)  Ganjaran menerusi invite friends sertai Shopee

Cara ini adalah yang paling best kerana ianya menawarkan 1000 Shopee Coins setiap kali ada berjaya mengajak dan mendaftar rakan anda sebagai pengguna Shopee.

Cara ini bukan sahaja menguntungkan anda, rakan anda tersebut juga akan peroleh 25% cashback bagi pesanan yang pertama dibuat.

Anda boleh dapatkan Referral Code anda di Me > Refer a Friend. Setiap kali ada yang menggunakan kod tersebut, anda peroleh Shopee Coins. 

*boleh gunakan kod AIMANM65 untuk dapatkan 25% cashback anda nanti

Ganjaran shopee coins menerusi invite friends sertai Shopee

Semoga bermanfaat...

Untuk maklumat lanjut berkaitan Shopee Coins, anda boleh rujuk FAQ Shopee