Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Withdraw Atau Keluarkan Duit Baki Daripada ShopeePay Ke Akaun Bank

Cara Withdraw Atau Keluarkan Duit Baki Daripada ShopeePay Ke Akaun Bank

Antara perkara yang menarik terdapat pada ShopeePay adalah anda boleh withdraw atau keluarkan duit yang ada dalamnya ke akaun bank secara percuma.

Biasanya pada eWallet lain, anda tidak dibenarkan untuk withdraw kredit yang ada di dalamnya. Atau jika dibenarkan ada caj tambahan atau minimat pengeluaran. Tidak untuk ShopeePay.

Jadi jika anda topup banyak-banyak melalui ShopeePay dan tiba-tiba anda ingin mahu gunakan cash, anda boleh witdraw kembali duit tersebut masuk ke akaun bank.

BACA : Cara Aktifkan ShopeePay Dan Upgrade Ke Akaun Premium

Tapi sebelum anda keluarkan baki dalam ShopeePay, anda terlebih dahulu perlu kemaskini maklumat akaun bank anda. Ianya hanya mengambil masa 24 jam sahaja sebelum diaktifkan.

Cara Keluarkan Duit Baki Dalam ShopeePay Ke Akaun Bank

Tidak kira jenis apa akaun bank, semuanya diterima sama ada Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Ambank dan banyak lagi. Yang paling penting, anda mesti verify akaun ShopeePay anda terlebih dahulu menggunakan MyKad (IC Verification).

Untuk proses withdraw atau pengeluaran ini, ianya mengambil masa 1-3 hari bekerja.

1)  Buka aplikasi Shopee > ShopeePay dan klik "Withdrawal"

2)  Jika anda masih belum masukkan maklumat akaun bank, anda perlu klik pada "Add" dan masukkan butiran seperti nama, no. akaun bank dan jenis bank. Jika sudah siap, klik "Next"

Akau bank akan disahkan dalam masa 24 jam

3)  Jika sudah berjaya disahkan, anda boleh pilih akaun bank tersebut untuk menerima pengeluaran daripada Shopee. Masukkan jumlah pengeluran dan klik "Next"

4)  Klik "Confirm" untuk akhiri pengeluaran. Anda boleh masukkan nombor PIN untuk pengesahan.

Semua pengeluaran yang berjaya akan mengambil masa sekuran-kurangnya 1 hari. Jadi selepas itu, anda boleh semak akaun bank anda.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengeluaran duit bank ShopeePay, anda boleh tujuk FAQ Shopee.