Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ibadah Kini Lebih Mudah. Ikuti Cara Derma Melalui Shopee

Ibadah Kini Lebih Mudah. Ikuti Cara Derma Melalui Shopee

Tahukah anda, sebenarnya untuk lakukan ibadah untuk mencari pahala bukanlah perkara sukar. Ibadah bukan sekadar solat, melalui derma juga adalah ibadah.

Mungkin sebelum ini kita biasa derma pada orang susah, derma di masjid atau derma kepada mereka yang memerlukan seperti orang miskin, NGO, sukarelawanan secara tunai.

Tetapi di zaman moden ini, jika kita tiada cash atau tunai di tangan pun sebenarnya kita boleh menderma seperti biasa.

BACACara Berniaga Di Shopee Dengan Betul Untuk Tahun 2021

Itulah antara ciri yang disediakan oleh Shopee. Anda boleh menderma tanpa had nilai kepada badan-badan kebajikan yang terpilih pada bila-bila masa dan dimana sahaja secara online.

Kini ibadah lebih mudah tetapi ganjaran yang sama yang diperoleh (Snsya Allah) seperti anda menderma secara tunai di luar secara manual.

Cara Derma Melalui Shopee

Ciri ini Shopee telah mula memperkenalkan pada bulan Mei yang lalu dan setiap pengguna boleh menggunakannya tidak kira agama dan bangsa.

Terdapat lebih 30 badan kebajikan dan NGO terpilih yang tersenarai dalam yang anda boleh sumbang wang ringgit dengan nilai minima RM1.

Anda hanya boleh menderma dengan menggunakan aplikasi Shopee sahaja dan tiada ciri ini pada website. 

1.  Buka aplikasi Shopee dan klik pada ikon "Deals, Topu-Ups & Bills". Kemudian pilih "Donation" pada kategori Donation & Finace

2.  Seterusnya masukkan jumlah yang anda ingin derma terlebih dahulu dan kemudian barulah pilih mana-mana badan kebajikan yang anda ingin derma. Jika sudah klik "Continue"

Ibadah Kini Lebih Mudah. Ikuti Cara Derma Melalui Shopee

3.  Anda diberi pilihan untuk derma sebagai entiti apa iaitu :

  • Ananymous - tidak akan menerima resit rasmi daripada badan kebajikan tersebut
  • Personal - Akan terima resit rasmi daripada badan kebajikan
  • Business - Akan terima resit rasmi daripada badan kebajikan

Selain itu, jika anda mahukan pengecualian cukai, anda boleh semak terlebih dahulu status badan kebajikan tersebut di website LHDN. Kebanyakannya memerlukan anda derma sekuran-kurang RM50.

Jika sudah selesai pilih, boleh klik "Ok"

Ibadah Kini Lebih Mudah. Ikuti Cara Derma Melalui Shopee

4.  Langkah seterusnya pilih cara pembayaran sama ada ShopeePay, kad kredit atau debit, cash payment guna 7-eleven atau perbankan online. Klik "Pay Now" untuk teruskan pembayaran.

Anda juga boleh semak informasi dengan klik pada "View Order Details"

Ibadah Kini Lebih Mudah. Ikuti Cara Derma Melalui Shopee

Selesai!

Untuk maklumat lanjut berkaitan derma di Shopee boleh layari laman web Shopee