Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar Wahed Invest (Percuma RM30) Beserta Deposit Tanpa Caj RM1

Cara Daftar Wahed Invest Beserta Deposit Tanpa Caj RM1

Wahed Invest merupakan sebuah platform pelaburan iaitu merupakan robo-advisor (Digital Investment Management Company).

Bukan itu sahaja, ianya juga merupakan robo-advisor islamik yang pertama dikawal selia oleh Surahanjaya Sekuriti (SC) dan yang ke-3 selepas Stashaway & MyTheo.

Di Malaysia, ianya telah didaftarkan pada November 2019 sebagai Wahed Techologies Sdn. Bhd

Pastinya tiada keraguan dan masalah untuk melabur menggunakan robo-advisor ini terutamanya bagi golongan muslim.

Robo-advisor semakin ramai yang menggunakannya terutama bagi pelabur baru yang ingin mencuba kerana ianya tidak memerlukan kemahiran analisis chart dan graf seperti pelaburan saham lain.

Kesemua pelaburan anda akan digerakkan secara automatik oleh robo-advisor secara sendiri. Anda boleh monitor performance melalui aplikasi smartphone sahaja.

Selain itu, ianya menyediakan nilai pelaburan permulaan serendah RM100 sahaja dan tiada lock-in fees.

Portfolio Wahed Invest

Portfolio pelaburan dipecahkan kepada saham Bursa Malaysia, Emas, Sukuk, US dan tunai.

Dalam pada itu, terdapat 6 portfolio risiko yang boleh dipilih iaitu Conservative, Moderately Conservative, Moderately Aggresive, Aggresive dan Very Aggresive)

Setiap jenis pelaburan ada risiko yang tertentu. Wahed Invest juga tidak terkecuali kerana ianya tidak menjamin keuntungan dan jaminal modal

Cara Melabur Di Wahed Invest

Untuk mereka yang baru dan masih belum punyai akaun Wahed Invest, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah

1)  Download terlebih dahulu aplikasi Wahed Invest di Apple App Store atau Google Play Store

2)  Jika sudah, jalankan aplikasi tersebut seperti biasa. Untuk permulaan tetapkan alamat emel beserta password. *kod verifikasi akan dihantar kepada emel dan masukkan kod tersebut untuk tujuan pengesahan

Cara Melabur Di Wahed Invest

3)  Langkah seterusnya adalah pilih portfolio yang bersesuai dengan pendapatan anda. Jawab beberapa soalan sehingga selesai.

Akhirnya, akan akan diberi cadangan portfolio (aggresive) berdasarkan soal-jawab tersebut. Anda juga boleh tukar jika mahukan portfolio yang lain

Cara Melabur Di Wahed Invest

4)  Seterusnya barulah anda tetapkan akaun Wahed Invest dengan masukkan butiran peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir dan beberapa lagi sehingga selesai

Cara Melabur Di Wahed Invest

5)  Pada bahagian referral code, anda masukkan kod AIMABD53 untuk dapatkan bonus tambahan RM10 (promosi RM30) secara percuma. Akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam tempoh 15-30 hari.

Cara Melabur Di Wahed Invest

6)  Kemudian anda perlu buat pengesahan dengan menghantar gambar MyKad atau mana-mana pilihan dokumen berkenaan diri seperti yang disenaraikan.

Cara Melabur Di Wahed Invest

7)  Akhir sekali, anda perlu deposit sekurang-kurangnya RM100 (one-time) bagi melayakkan anda mula melabur di Wahed Invest.

Cara Melabur Di Wahed Invest

Boleh deposit sama ada menggunakan online banking (fpx) yang dikenakan caj rm1 atau secara wire transfer.

8)  Jika sudah, pihak Wahed Invest akan terima bayaran tersebut dalam tempoh 7 hari. Jika sudah berjaya di depositkan, akan dimaklumkan dan proses pelaburan akan berjalan selepasnya.

Cara Deposit Di Wahed Invest

Seperti yang diberitahu, terdapat 2 cara untuk anda deposit wang ke akaun Wahed anda iaitu menggunaakn Online Banking (FPX) dan juga Wire Transfer.

Akan tetapi bermula Mei 2021, Wahed Invest telah mengenakan caj tambahan RM1 jika anda menggunakan kaedah FPX dan tiada caj untuk Wire Transfer.

#1 - Cara Deposit Menggunakan Online Banking (FPX)

Buka aplikasi Wahed Invest dan pada halaman utama, klik pada Add Fund dan kemudian pilih akaun (portfolio) anda. Masukkan nilai deposit (one-time) dan klik Next.

Cara Deposit Menggunakan Online Banking (FPX)

Pilih Instant Pay (FPX) dan pilih bank mana yang anda ingin gunakan. Buat bayaran seperti biasa.

Cara Deposit Menggunakan Online Banking (FPX)

Kaedah ini akan dikenakan caj RM1 dimana akan ditolak daripada nilai deposit anda tersebut (RM100-RM1 = RM99). Dalam tempoh 1-2 akan dimasukkan ke dalam akaun porfolio anda.

#2 - Cara Deposit Menggunakan Wire Transfer

Sama seperti kaedah FPX, anda hanya perlu pilih Wire Transfer > nilai deposit > masukkan butiran bank yang anda ingin gunakan untuk transaksi.

Seterusnya anda akan menerima butiran dan maklumat pembayaran di emel yang telah didaftarkan. Ada nama nama bank akaun Wahed (Pacific Trustees Berhad (PTB) Of Wahed Technologies), nombor akaun dan reference note.

Cara Deposit Menggunakan Wire Transfer tanpa caj rm1

Langkah seterusnya, anda hanya perlu buat transaksi seperti biasa menggunakan laman bank pula seperti Maybank2u, CIMB Click, iRakyat dan sebagainya.

Jika menggunakan Maybank2u, pada halaman butiran pembayaran

  • Masukkan nombor akaun
  • Nilai deposit yang telah ditetapkan tadi
  • Reference note (copy sahaja sebijik pada ruang yang muat sahaja)

Cara Deposit Menggunakan Wire Transfer tanpa caj rm1

Buat bayaran seperti biasa sehingga selesai.

Anggaran lebih kurang 3-4 hari, duit deposit tersebut akan berjaya dimasukkan ke dalam akaun portfolio Wahed Invest anda. 

Jika masih ada kekeliruan, boleh layari laman web rasmi Wahed Invest di https://wahedinvest.com/