Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara daftar Auto Labur di portal dan aplikasi myASNB secara online

Cara daftar Auto Labur di portal dan aplikasi myASNB secara online

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah memperkenalkan Auto Labur yang membolehkan pelabur ASNB menetapkan pelaburan setiap bulan secara automatik.

Mereka boleh daftar sama ada menerusi portal atau aplikasi myASNB. Jika daftar di portal, pendaftaran hanya untuk akaun sendiri, akaun anak-anak (Akaun Minor) dan/atau Pihak Ketiga.

Manakala ASNB telah memperkenalkan pendaftaran menerusi aplikasi pula. Disini anda hanya boleh daftar akaun sendiri dan/atau akaun anak-anak (Akaun Minor) sahaja.

Buat masa ini, unit amanah yang dibolehkan untuk kemudahan Auto Labur ialah Amanah Sabah Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia 2 - Wawasan (ASM 2) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3).

Pelaburan minimum menerusi Auto Labur ialah serendah RM30 dan jumlah maksimum adalah RM30,000. Kemudahan ini tiada caj dikenakan. Akan tetapi akan ada pemotongan sebanyak RM1 semasa buat pendaftaran yang mana ianya akan dipulangkan atau dikreditkan ke dalam akaun ASNB anda semula.

Jika sudah berjaya buat pendaftara, Auto Labur akan diaktifkan dalam tempoh 48 jam. Ianya akan berkuat kuasa secara automatik mengikut tarikh potongan yang dipilih.

Cara pendaftaran Auto Labur secara online menerusi portal myASNB

Pastikan anda sudah mempunyai akaun myASNB. Jika tidak, boleh daftar terlebih dahulu yang juga boleh dilakukan secara online sahaja

1)  Log masuk ke akaun myASNB anda di www.myasnb.com.my

Cara daftar Auto Labur di portal dan aplikasi myASNB secara online

2)  Klik "Auto Labur", kemudian klik "Pendaftaran"

Cara daftar Auto Labur di portal dan aplikasi myASNB secara online

3)  Pilih akaun yang dikehendaki untuk membuat potongan Auto Labur

Cara daftar Auto Labur di portal dan aplikasi myASNB secara online

4)  Untuk pendaftaran akaun pihak ketiga, isikan maklumat ID pemegang unit dan nombor kad pengenalan

Cara daftar Auto Labur di portal dan aplikasi myASNB secara online

5)  Lengkapkan maklumat yang diperlukan. Isikan jumlah potongan, tarikh potongan dan nama bank

Cara daftar Auto Labur di portal dan aplikasi myASNB secara online

6)  Resit transaksi akan dipaparkan setelah pendaftara berjaya.

*Caj RM1 akan ditolak dari akaun bank anda untuk proses pengesahan akaun. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun ASNB anda dalam bentuk unit

Cara daftar Auto Labur di portal dan aplikasi myASNB secara online

Untuk maklumat lanjut berkaitan Auto Labur, anda boleh layari FAQ myASNB