Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Terbaik Sebagai Seller Shopee Untuk Bungkus Balang Biskut Bagi Penghantaran

Cara Terbaik Sebagai Seller Shopee Untuk Bungkus Balang Biskut Bagi Penghantaran

Mungkin anda tiada idea atau belum pasti cara dan kaedah terbaik untuk bungkus balang biskut untuk proses penghantaran yang mana anda sebagai seorang seller Shopee.

Anda buat keputusan untuk berniaga dan menjual barangan makanan seperti biskut atau cookies dengan menggunakan saluran Shopee. Tetapi tak tahu cara bungkusan terbaik untuk pos kepada customer.

Apakah cara terbaik untuk packaging? Adakah selamat jika hanya menggunakan bubble wrap sahaja atau ada kaedah lain yang lebih selamat sehingga biskut tersebut tidak pecah apabila tiba kepada pelanggan.

BACA : Cara Buat Bayaran Secara COD Menggunakan Shopee

Seorang pengguna facebook merangkap seller Shopee yang menjual cookies ada kongsikan kaedah yang selamat untuk bungkus balang biskut mengikut pengalamannya sendiri.

Cara Terbaik Untuk Bungkus Balang Biskut Supaya Selamat Dalam Proses Penghantaran

Pastinya perkara yang paling dirisaukan adalah apabila barang atau biskut tersebut pecah apabila sampai ke customer. Ini pastinya akan memberi kesan kepada rating kedai kita di Shopee jika customer bagi 1-2 star sahaja.

Jadi kena pastikan barang tersebut secure, selamat dan tidak pecah apabila sampai ke tangan pelanggan. Berikut merupakan antara perkongsian daripada seller Shopee Dough Baker.

Cara yang paling jimat kos dan jimat masa serta paling senang adalah dengan menggunaakn inflatable wrap. Anda boleh beli dengan pelbagai saiz seperti 15 cm30 cm, 45 cm atau sehingga 10 cm yang boleh didapatkan di Shopee.

Akan tetapi, ianya sesuai jika anda ingin pack 1-4 balang. Jika ada customer buat pesanan atau order dengan jumlah balang yang banyak lebih 5 balang, inflatable wrap ini tidak cukup saiznya. Tak muat. Oleh itu, beliau kongsikan cara terbaik adalah dengan custome wrap sendiri.

Untuk permulaan adalah bungkusan cookies itu sendiri. Saya tak letak bubble pada setiap lapisan, sebab cookies yang dijual jenis tak lekat antara satu sama lain. Hanya letak pada sekeliling, bahagian bawah dan letak pada bahagian atas dan cap.

cara bungkus balang biskut untuk pos

Kemudian seal cap dengan plastik shrink. Boleh guna heat gun juga. Kesemua peralatan ini boleh dapatkan di Shopee. Ianya bertujuan supaya tiada sesiapa dapat buka balang tersebut sehingga sampai ke customer.

cara bungkus balang biskut untuk pos

Kemudian potong gabus ikut saiz balang, letak kiri, kanan, atas dan bawah untuk elak hentakan. Tidak lupa juga untuk wrap bubble sekeliling balang juga untuk elak hentakan.

Beli gabus board di Shopee juga dengan pelbagai saiz seperti tebal 0.5 inci, 1 inci sehingga 2 inci

cara bungkus balang biskut untuk pos

Lepas dah packing dengan gabus dan bubble, bahagian luar pula korang custome sendiri kotak, potong ikut saiz balang yang dah di lekat kan gabus tu. Pastu last sekali balut dengan plastik sampah.

cara bungkus balang biskut untuk pos

Tu je ilmu yang tak seberapa. Setiap orang ada pandangan dan idea sendiri, kalau rasa nak ikut cara ni, ikut la, kalau rasa cara ni tak betul, jangan kecam idea orang.


sumber : Dough Bakers