Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara mengelak dan tips atasi masalah rambut berbuah terutama bagi wanita bertudung

Cara mengelak dan tips atasi masalah rambut berbuah terutama bagi wanita bertudung

Mungkin adan sedang mengalami masalah rambut berbuah atau anda berjaga-jaga supaya masalah ini tidak akan berlaku terutamanya bagi wanita yang bertudung penuh setiap masa apabila melakukan tugasan harian di rumah.

Adakah cara untuk mengelak atau menghilangkan rambut berbuah? Ada yang telah melakukan pelbagai cara tetapi hasilnya tetap sama dan tiada perubahan. Apakah ada tips lain cara atasi masalah ini?

Cara atasi masalah rambut berbuah

Permasalahan ini bukanlah terlalu rumit. Anda mungkin boleh cuba tips atau petua ini bagi atasi masalah rambut berbuah ini.

Anda ambil setengah cara cuka, kemudian dicampurkan dengan segelas air suam. Kemudian kacau sebati. Sapukan pada seluruh kepala rambut, lalu biarkan beberapa minit.

Cara mengelak dan tips atasi masalah rambut berbuah terutama bagi wanita bertudung

Kemudian jika sudah sampai waktu. Sikat pula rambut yang masih basah tersebut dan boleh lihat buah-buah di rambut akan gugur. Akhir sekali, baru bilas rambut sehingga hilang kesan cuka dan pastinya sehingga bersih.

Oleh itu, terutamanya wanita yang bertudung, elakkan menutup kepala ketika rambut masih basah terutamanya selepas mandi, ia akan mengundang permasalah rambut berbuah.