Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai lengkap 22 atlet Malaysia yang akan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Senarai lengkap 22 atlet Malaysia yang akan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Misi memburu emas diteruskan lagi dan kini terletak pada 22 atlet negara yang akan menggalas cabaran di peringkat tertinggi dalam 9 jenis sukan iaitu di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Daripada jumlah keseluruhan, 18 atlet lelaki dan 4 atlet wanita. Mereka akan ditemani oleh 16 jurulatih, 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat beserta seorang caperon.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Sudah menjadi tradisi, selesai sahaja bagi Olimpik, sukan Paralimpik akan menyusul dan kali ini masih diadakan di venue yang sama iaitu di Tokyo, Jepun.

BACA : Cara Tonton Semua Perlawanan EURO 2020 Secara Live

Paralimpik Tokyo 2020 akan berlangsung selama 13 hari iaitu bermula 24 Ogos ini sehingga 5 September 2021. Edisi kali ini melibatkan 22 jenis sukan dengan 539 acara yang dipertandingkan di 21 venue di seluruh Tokyo.

Senarai lengkap 22 atlet Malaysia yang akan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Selepas setahun acara sukan peringkat tertinggi ini ditunda akibat wabak pandemik, kini Tokyo sedia menerima barisan atlet Para seluruh dunia termasuk Tim Para Malaysia bagi bertanding dan merebut kilauan pingat.

Anda boleh lihat jadual penuh pertandingan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disini

Senarai 22 atlet Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Senarai kontinjen Para Malaysia akan ke temasya Paralimpik Tokyo 2020

Chef de Mission (CDM)

  • Dato' Sri mega D Shahriman Bin Dato Zaharudin (Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM)

Pembawa Bendera

  • Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin
  • Bonnie Bunyau Gustin

Memanah

  • Suresh Selvatamby (Recurve Lelaki)
  • Wiro Anak Julin (Kompoun Lelaki)

Olahraga

  • Abdul Latif Bin Romly (Lompat Jauh - T20) - Pingat EMAS
  • Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru - F20)
  • Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m - T36)
  • Wong Kar Gee (Lompat Jauh - T13)
  • Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin (400m - T20)

Badminton

  • Cheah Liek Hou (Single Lelaki SU5) - Pingat EMAS
  • Didin Bin Terasoh (Single Lelaki SH6)

Boccia

  • Chew Wei Lun (Mix Individual - BC1) - Pingat PERAK

Berbasikal

  • Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin 
  • Muhammad Hafiz Jamali
  • Zuhairie Ahmad Tarmizi
  • Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
  • Nurul Suhada Zainal

Angkat Berat

  • Bonnie Bunyau Gustin (Lelaki 72kg) - Pingat EMAS
  • Jong Yee Khie (Lelaki 107kg) - Pingat PERAK

Renang

  • Muhammad Nur Syaiful Bin Zulkefli (50m Kuak Bebas, 100 m Kuak Bebas dan Kuak Dada, 200m Kuak Bebas)
  • Brenda Amelia Larry (50 m Kuak Lentang dan Kuak Kupu-Kupu)
  • Jamery Anak Siga (5m Kuak Kupu-Kupu)

Ping Pong

  • Chee Chaoming (Single - TT9)

Tenis Kerusi Roda

  • Abu Samah Borhan (Single Lelaki)

Untuk rekod, Malaysia telah membawa pulang 3 pingat emas bersama 1 pingat gangsa bagi edisi Paralimpik Rio 2016 yang kesemuanya menerusi sukan Olahraga.

Kali ini mereka kembali dan pastinya mengidamkan lebih banyak kilauan pingat yang akan dibawa pulang ke tanah air terutamanya pingat emas


sumber : hellokerja, bernama, majlis paralimpik malaysia, paralimpik Tokyo 2020