Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Tonton Semua Perlawanan EURO 2020 Secara Live

Cara Tonton Semua Perlawanan EURO 2020 Secara Live

EURO 2020 telah kembali selepas setahun lebih tertangguh akibat pandemik. Kali ini pasti semua peminat bola sepak lebih teruja untuk menyaksikan perlawanan hebat antara pasukan bagi setiap negara Eropah. Untuk rakyat Malaysia, ini adalah 3 cara untuk anda menonton perlawanan EURO 2020 secara live.

Tahun 2021 ini sekali lagi Astro dan RTM menjadi penyiar rasmi bagi acara bola sepak UEFA EURO 2021. Ini bermaksud, hanya 2 saluran ini sahaja yang boleh anda tonton bagi setiap perlawanan yang disiarkan di kaca tv.

Cara Tonton Perlawanan EURO 2020

Astro membawakan 4 siaran pada tahun ini dimana 2 siaran HD (CH 809 dan CH 810) manakala 2 siaran 4K HDR (CH 781 dan CH 782) serta tontonan secara striming di Astro Go. Pelanggan Astro boleh dapatkan siaran ini dengan melanggan Sport Pack dan kesemua 51 perlawanan akan ditayangan secara langsung terus dari kaca tv anda.

Manakala untuk RTM, ianya hanya membawakan 32 perlawanan secara langsung daripada 3 siaran iaitu TV1, TV Okey dan juga Sukan RTM HD. Anda juga boleh strim secara online menerusi rtmklik di rtmkli.rtm.gov.my. Kesemua tayangan adalah secara percuma

Selain itu, cara ke-3 untuk anda menonton EURO 2020 adalah melalui aplikasi Sooka. Sebenarnya portal ini dibawah Astro tetapi fokus kepada mereka yang tidak mempunyai akaun Astro. Jadi anda boleh langgan dengan harga serendah RM15.90/sebulan tanpa perlukan akaun Astro. Sooka juga menayangkan kesemua 51 perlawanan secara live.

Jadual Perlawanan EURO 2020 Untuk Saluran Astro Dan RTM

Tahun ini, EURO 2020 melibatkan oleh 24 pasukan dalam 6 kumpulan. Kesemua pasukan akan berentap bagi meraih gelaran juara bermula 12 Jun hingga 12 Julai 2021. Tahun ini juga, tiada tuan rumah, kerana ianya melibatkan 11 venue daripada 11 negara Eropah. Perlawanan pembukaan diadakan di Roma, Itali dan final diadakan di stadium Webley, London England.

  • Group A - Turkey, Italy, Wales, Switzerland
  • Group B - Denmark, Finland, Belgium, Russia
  • Group C - Austria, North Macedonia, Netherland, Ukrain
  • Group D - England, Croatia, Scotland, Czech Republic
  • Group E - Poland, Slovakia, Spain, Sweden
  • Group F - Hungary, Portugal, France, Germany

Astro

jadual waktu perlawanan euro 2020 di Astro

jadual waktu perlawanan euro 2020 di Astro

jadual waktu perlawanan euro 2020 di Astro

jadual waktu perlawanan euro 2020 di Astro

jadual waktu perlawanan euro 2020 di Astro

jadual waktu perlawanan euro 2020 di Astro

RTM

*klik pada gambar untuk lebih jelas

jadual waktu perlawanan euro 2020 di RTM

jadual waktu perlawanan euro 2020 di RTM

jadual waktu perlawanan euro 2020 di RTM

jadual waktu perlawanan euro 2020 di RTM

jadual waktu perlawanan euro 2020 di RTM

Untuk maklumat lanjut berkaitan venue perlawanan, anda boleh rujuk di website EURO 2020 atau klik disini.


sumber : aimanabdullah.com