Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Semak Keputusan STAM Tahun 2020 Secara Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan STAM Tahun 2020 Secara Online Dan SMS

Bagi calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020, anda boleh semak keputusan dengan 2 cara iaitu semakan secara online dan juga menerusi perkhidmatan SMS.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan dimana keputusan peperiksaan STAM tahun 2020 akan diumumkan pada 17 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi. Jadi bagi calon STAM 2020 boleh mula buat semakan pada waktu tersebut.

2 Cara Semak Keputusan STAM Tahun 2020

Disebabkan pandemik yang melanda negara, Kerajaan telah mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dimana semua sekolah dan institusi pendidikan tidak dibenarkan beroperasi. 

Jadi sepanjang tempoh ini, sekolah ditutup. Maka pengumuman kebiasaan keputusan peperiksaan yang dibuat disekolah tidak dibenarkan. Oleh itu, KPM telah memperkenalkan kaedah semakan secara online.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui 2 kaedah (secara online dan sms) berikut:

  • Boleh dilakukan secara dalam talian (online) di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh
  • Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan STAM 2020 dengan menaip
    • STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886

Semua perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 17 Jun 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 23 Jun 2021.

Calon Yang Tidak Mempunyai Akses Internet

Bagi Calon Sekolah yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Manakala bagi Calon Persendirian yang tiada capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Selamat maju jaya semua...