Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

Salah satu cara memantau prestasi blog atau website kita adalah menggunakan tool, Google Analytics. Anda boleh tahu berapa ramai pembaca yang masuk ke blog anda. Ikuti langkah dibawah cara daftar blog anda menggunakan Google Analytics.

Untuk platform blogger.com sebenarnya terdapat lagi satu cara untuk anda kenalpasti performance blog iaitu melalui dashboard blog. Disana akan dipaparkan pageview harian, mingguan, bulanan sehinggalah tahunan. Tetapi ianya tidak selengkap dan setepat seperti Google Analytics.

Pada Google Analytics, selain daripada pageview, anda juga boleh tahu real-time pembaca yang masuk ke blog anda. Anda boleh kenalpasti bounce rate iaitu berapa kerap pembaca masuk ke blog anda dan membaca post-post anda. Anda juga boleh tahu pageview setiap post yang anda telah kongsikan. Juga boleh tahu dari mana pelawat tersebut dengan disenaraikan mengikut negeri dan negara.

Daripada data-data tersebut, anda boleh kenalpasti post apa yang viral pada blog anda. Pembaca yang macam mana kerap masuk ke blog anda. Anda boleh improve dan mempertingkatkan penulisan blog supaya orang ramai kerap masuk dan stay lama dalam blog anda. Itu semua indicator yang memberitahu, blog anda dalam keadaan baik dan mudah dijumpai dalam google search.

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

Google Analytics kini sedikit lain berbanding tahun sudah, jadi tutorial kali ini adalah yang terbaru dan mudah untuk dilakukan. Pendaftaran hanyalah percuma. Selain daripada browser, anda juga boleh pantau blog anda menggunakan aplikasi Analytics di smartphone. Jadi lebih mudah kan.

Tutorial ini menggunakan platform blogger.com, manakala untuk platform seperti wix atau wordpress, tatacaranya sedikit berlainan kecuali pendaftaran akaun Google Analytics dengan cara yang sama

1)  Layari laman web analytics.google.com dan klik pada "Start Measuring". Kemudian Login menggunakan gmail anda

2)  Pada bahagian Account Setup masukan nama akaun Google Analytics anda. Terserah nama yang anda mahukan. Biarkan sahaja setting asal dan klik "Next"

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

3)  Pada bahagian Property setup, masukkan pula nama property anda. Juga terserah nama apa yang anda ingin masukkan. Kemudian pilih time zone iaitu "Malaysia (GMT+ 08:00)" dan pada bahagian Currency cari "Malaysian Ringgit (MYR)".

Seterusnya, pada bahagian Show advanced options, on kan Create a Universal Analytics property dan pilih "Create a Universal Analytics property only". Jika sudah, klik "Next"

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

4)  Pada ruangan About your business, ikut sahaja panduan seperti dibawah dan klik "Create"

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

Cara Masukkan ID Google Analytics Ke dalam Blog

Anda akan diberikan Tracking ID dan juga Website Tracking. Anda perlu masukkan kedua-dua ID ini ke dalam blog anda. Caranya seperti berikut:

1)  Copy kesemua kod Global Site Tag (gtag.js)

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

2)  Kemudian pergi ke dashboard blog anda > Theme > Edit HTML

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

3)  Pada ruangan HTML tersebut, search dengan cara tekan Ctrl + F dan taip <head>, tekan Enter. Akan dipaparkan dimana terletaknya <head> tersebut.

Kemudian, paste kod tersebut dibawah <head> dan klik "Save"

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

4)  Seterusnya copy pula Tracking ID, kembali semula ke dashboard blog > Setting > Google Analytics property ID

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

5)  Akhir sekali paste Tracking ID dan klik "Save"

Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

Anda tunggu beberapa saat sebelum Google Analytics mengenal pasti blog anda. Jika sudah, ianya kini boleh digunakan. Selesai!

Semoga bermanfaat...