Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Privacy Policy Dan Disclaimer Untuk Blog Dengan Mudah Dan Pantas

Cara Buat Privacy Policy Dan Disclaimer Untuk Blog Dengan Mudah Dan Pantas

Mungkin anda biasa lihat pada sesebuah blog atau website, mereka ada sediakan page policy dan disclaimer. Ianya merupakan antara perkara penting bagi sesebuah halaman content creator seperti blogger untuk sediakan 2 perkara penting ini.

Privacy Policy bagi menerangkan policy atau dasar blog kita, manakala disclaimer adalah memberitahu dimana kandungan blog kita merupakan idea kita sendiri atau segala penulisan adalah berdasarkan individu yang tidak melibatkan sesebuah organisasi.

BACA : Cara Daftar Blog Dalam Google Analytics Untuk Tahun 2021

Jadi jika perlu sediakan ayat panjang bagi menjustifikasikan perkara ini bagi halaman Privacy Policy dan juga Disclaimer. Tetapi sebenarnya, ada kemudahan yang disediakan bagi menyiapkan ayat 'standard' bagi 2 perkara ini.

Selain daripada kepentingan kandungan blog, 2 perkara ini juga penting jika anda ingin memohon Google Adsense. Sedikit sebanyak akan membantu lebih mudah permohonan anda diluluskan.

Cara Buat Privacy Policy Dan Disclaimber Untuk Blog

Ikuti langkah mudah dibawah untuk anda hasilkan halaman privacy policy dan disclaimer untuk blog anda dalam bahasa inggeris secara automatik. 

Cara Buat Privacy Policy

1)  Layari laman web www.privacypolicyonline.com

2)  Pada tab Free Generators, pilih "Privacy Policy Generator"

Cara Buat Privacy Policy

3)  Kemudian masukkan nama website bersama URL website/blog anda dan klik "Next"

Cara Buat Privacy Policy

4)  Kemudian lengkapkan butiran seperti dibawah pada bahagian Clauses dan klik "Next"

Cara Buat Privacy Policy

5)  Masukkan alaman emel anda dan tekan "Create Privacy Policy"

Cara Buat Privacy Policy

6)  Klik pada "Copy to clipboard" untuk copy segala kandungan policy tersebut.

Cara Buat Privacy Policy

7)  Pergi pada dashboard blogger > Pages > New Pages. Masukkan tajuk page dan jangan lupa untuk tukar kepada HTML view. Jika sudah, paste sahaja di ruang tersebut.

Setel dan klik "Publish"

Cara Buat Privacy Policy

Cara Buat Privacy Policy


Cara Buat Disclaimer

1)  Layari laman web www.privacypolicyonline.com

2)  Pada tab Free Generators, pilih "Disclaimer Generator"

Cara Buat Disclaimer

3)  Kemudian masukkan nama website bersama URL website/blog anda dan klik "Next"

Cara Buat Disclaimer

4)  Masukkan maklumat yang diperlukan pada bahagian contact details dan klik "Create Disclaimer"

Cara Buat Disclaimer

5)  Klik pada "Copy to clipboard" untuk copy segala kandungan disclaimer tersebut.

Cara Buat Disclaimer

7)  Pergi pada dashboard blogger > Pages > New Pages. Masukkan tajuk page dan jangan lupa untuk tukar kepada HTML view. Jika sudah, paste sahaja di ruang tersebut.

Setel dan klik "Publish"

Cara Buat Disclaimer

Selain itu, website ini juga menyediakan perkhidmatan untuk hasilkan Terms & Conditions dengan langkah yang hampir serupa. Hanya pilih pada bahagian 'Terms & Conditions Generator' dan ikut arahan selanjutnya


sumber : aimanabdullah.com