Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Bayar Bil Astro Secara Online Menggunakan Maybank2u

Cara Bayar Bil Astro Secara Online Menggunakan Maybank2u

Pembayaran bil Astro kini lebih mudah. Bagi yang mempunyai perbankan online, anda boleh buat bayaran secara online pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Ikuti langkah cara bayar bil Astro menggunakan Maybank2u disini.

Astro telah menyediakan pelbagai saluran untuk anda melunaskan bil Astro setiap bulan termasuk jugalah auto-debit. Selain itu, anda boleh buat bayaran menggunakan perbankan online seperti maybank2u tetapi perlukan beberapa informasi seperti no akaun Astro.

Jadi kepada anda yang ingin membuat bayaran menggunakan Maybank2u untuk tahun 2021 ni, ikuti cara dan langkah dibawah sehingga berjaya pembayaran dibuat.

Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u

Yang penting sebelum buat bayaran, pastikan anda mempunyai akaun maybank2u dan juga sudah mempunyai 10-digit no. akaun astro.

1)  Masuk ke website Maybank2u di www.maybank2u.com.my dan login menggunakan username dan password seperti biasa

Cara Bayar Bil Astro Secara Online Menggunakan Maybank2u

2)  Pada bahagian tab atas, pilih Pay & Transfer

Cara Bayar Bil Astro Secara Online Menggunakan Maybank2u

3)  Kemudian pada bahagian Pay > Pay to; Payee > New Payment dan cari "Astro"

Cara Bayar Bil Astro Secara Online Menggunakan Maybank2u

4)  Masukkan 10-digit no. akaun Astro anda dan klik "Confirm"

Cara Bayar Bil Astro Secara Online Menggunakan Maybank2u

5)  Jika betul, akan dipaparkan no akaun astro persama nama pemilik. Jadi anda hanya masukkan jumlah bayaran (amount) dan klik "Pay"

Cara Bayar Bil Astro Secara Online Menggunakan Maybank2u

6)  Semak segala maklumat, jika betul boleh buat bayaran seperti biasa. Selesai!

Cara Bayar Bil Astro Secara Online Menggunakan Maybank2u